[VIDEO] Green Day Ubah Lirik Lagu Nyanyi Untuk Kanak-Kanak Palestin Di Konsert Coachella
Respect!
Cover image via Entertainment WeeklyFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Green Day dilihat masih tetap dengan pendirian menyuarakan solidariti ke atas Palestin menerusi lirik lagu yang diubah di konsert Coachella Sabtu lalu
Klip video nyanyian Green Day itu telah tular apabila vokalis band tersebut, Billie Joe Armstrong mengubah lirik dan menyebut tentang kanak-kanak di Palestin.
Perkara itu dilakukannya semasa Green Day sedang mempersembahkan sebuah lagu dari album American Idiot, 'Jesus of Suburbia'.
"Runnin' away from pain like the kids from Palestine, Tales from another broken home," ialah lirik lagu yang dinyanyikan Billie Joe berbanding lirik asalnya yang berbunyi, "Runnin' away from pain when you've been victimized."
Tindakan vokalis tersebut mendapat sambutan daripada penonton apabila orang ramai terus bersorak sebaik sahaja Billie Joe menyanyikan lirik terbabit.
Image via Entertainment Weekly
Green Day sebelum ini pernah tular menunjukkan solidaritinya untuk Palestin di konsertnya di Bukit Jalil Februari lalu
Bukan perkara yang baharu, Green Day sebelum ini telah menunjukkan solidaritinya untuk Palestin dalam sebuah konsertnya di Malaysia pada Februari lalu.
Dalam konsert yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu, vokalis band berkenaan telah membawa naik bendera Palestin selepas salah seorang penonton bertindak menghulurkan bendera berkenaan kepadanya.
Image via X
Lihat klip persembahan Green Day di Coachella tersebut di sini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


