Dibuang Keluarga, Lelaki Ini ‘Berumah’ Di Bawah Jambatan Bersama 2 Anak Perempuan
Kami sendiri tidak dapat menahan air mata.
Cover image via maxman.tv/FacebookSayu, sedih, dan tersentuh. Itulah apa yang kami rasakan apabila menonton video ini. Dalam kita bergembira, masih banyak lagi insan hidup melarat di tengah kota.
Kerana simpati dengan kehidupan keluarga **Ruslie**, seorang pemuda bernama **Izmir Mujab** datang untuk membantu keluarga tersebut. Ruslie bersama 2 anak perempuannya merupakan gelandangan yang tinggal di bawah sebuah jambatan di ibu kota. Mari kita dengarkan kisah mereka.
Hidup melarat sebagai gelandangan selama 6 bulan dengan pendapatan RM15 sehari
Image via maxman.tv/Facebook
Ruslie hanya berpendapatan RM15 sehari melalui hasil jualan kitar semula. Dengan jumlah pendapatan tersebut, bayangkan bagaimana dia mahu membesarkan kedua-dua anak perempuannya?
Ruslie yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori, dibuang kerja kerana dikatakan tinggal bersama anak-anaknya di dalam lori tersebut. Dia terpaksa melakukan perkara itu kerana tiada tempat tinggal untuk berteduh.
Menurutnya, perkara yang paling dia kesali pada saat ini adalah dia tidak mampu menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Image via maxman.tv/Facebook
Berasal dari Sabah, Ruslie dibuang keluarga setelah dia bertukar agama
Ruslie sebenarnya berasal dari Sabah dan menurutnya dia telah dibuang keluarga kerana bertukar agama.
Izmir berhasrat untuk memberi bantuan kepada Ruslie. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menyewakan hotel buat keluarga ini untuk beberapa hari sebelum dia memberi bantuan yang seterusnya.
Kami dapat lihat terpancar wajah kegembiraan keluarga ini apabila diberi peluang sedemikian rupa. Mungkin bagi mereka ini adalah pengalaman berharga kerana berpeluang untuk bermalam di sebuah hotel yang nyata berbeza dengan tempat tinggal mereka.
Image via maxman.tv/Facebook
Image via maxman.tv/Facebook
"Abang tak boleh terima ini. Itu pun sudah banyak" – Ruslie
Kesempatan yang ada, Izmir gunakan sebaik-baiknya bagi menggembirakan keluarga ini. Mereka juga dibawa oleh Izmir membeli-belah bagi mencari barang keperluan buat diri mereka.
Image via maxman.tv/Facebook
Di akhir video, Izmir memberi bantuan kewangan kepada Ruslie yang mana wang tersebut serba sedikit boleh menampung kos sewaan rumah keluarga ini untuk beberapa bulan.
Bagaimanapun, Ruslie sangat sebak sehinggakan tidak sanggup lagi menerima bantuan daripada Izmir kerana menurutnya telah terlampau banyak pemuda tersebut membantu keluarganya.
Image via maxman.tv/Facebook
Image via maxman.tv/Facebook


