[VIDEO] Erma Fatima Dedah Drama Bidaah Adalah Daripada Kisah Benar Yang Dialaminya Sendiri
Menurut Erma, dia pernah berada dalam kumpulan itu beberapa tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pengarah terkenal, Erma Fatima mendedahkan drama Bidaah yang dihasilkan sebenarnya adalah daripada kisah benar
Menerusi video perkongsian di Instagram, Erma memberitahu dia pernah berada dalam kumpulan seperti itu beberapa tahun lalu.
Menurut Erma, dia berkongsi pada awalnya kumpulan itu dilihat menyampaikan ajaran yang betul, namun ia sebaliknya berubah selepas salah seorang pelajar perempuan dari kumpulan agama berkenaan menghubunginya dan mendakwa telah dicabul oleh tok gurunya sendiri.
Bukan itu sahaja, Erma turut terkejut selepas diberitahu tok guru terbabit telah meniduri ramai lagi pelajar wanita lain yang menjadi mangsa.
"Bidaah cerita betul sebab saya pernah berada dalam kumpulan jemaah seperti itu beberapa tahun lalu. Apabila saya duduk dalam kumpulan jemaah itu, ajarannya betul zikirnya betul dari situ saya belajar berzikir yang betul setiap hari.
"Anak-anak ini yang masuk nak kenal tuhan, mak ayah hantar ke pondok dalam tu namun satu hari saya dapat panggilan daripada budak perempuan yang menetap di situ memberitahu kepada saya Tok Guru itu telah menidurinya dan bukan hanya dia malah beberapa perempuan lain juga," katanya.
Bagaimanapun, Erma tidak mendedahkan lokasi kumpulan tersebut, namun dia memberitahu ia berlaku di luar kawasan Kuala Lumpur.
PU Syed minta Erma untuk buat laporan polis
Dalam pada itu, pendedahan Erma Fatima turut mendapat perhatian daripada pendakwah, PU Syed yang menyarankan agar dia segera membuat laporan polis mengenai kumpulan tersebut.
Malah, dia berharap agar kumpulan tersebut dapat ditumpaskan bagi mengelakkan ramai lagi orang yang menjadi mangsa.
Image via @pusyed_official (Instagram)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 