[VIDEO] Elak Ramai Lagi Langgar, Rider Kutip Bangkai-Bangkai Kucing Tengah Jalan & Tanam

Bagus abang ni, tolong alihkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @m_sy4h (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kadang kala kita pasti ada terlihat bangkai haiwan di jalan raya

Tetapi oleh kerana ia berada di tengah jalan menyebabkan kita sukar untuk mengalihkannya ditambah pula dengan banyak kenderaan yang lalu.

Namun, baru-baru ini tular di TikTok memaparkan seorang lelaki mengalihkan bangkai kucing yang berada di tengah jalan mendapat pujian.

Ambil bangkai-bangkai kucing untuk di tanam

Menerusi video di akaun TikTok @m_sy4h, kelihatan lelaki yang juga bekerja sebagai seorang penghantar makanan itu berkongsi harinya.

Di dalam video tersebut, dia menunjukkan telah berhenti di beberapa buah jalan raya untuk mengutip bangkai kucing yang berada di situ.

Sebaik sahaja diambil, dia kemudian menanam di sebuah lokasi agar lebih selamat.

Tindakannya itu ternyata mendapat pujian ramai yang berterima kasih atas kebaikannya itu.

Lihat video di bawah:

@m_sy4h

Rezeki ni datang dengan pelbagai cara.. kadang² Allah tak bagi kau saham dunia tak ada duit sangat tapi Allah bagi kau saham akhirat.. jadi selalu lah berdoa seperti Ya Allah, sibukkanlah aku dengan kebaikan hingga aku lupa akan kesedihan dan jauhkan aku dari rasa malas hingga aku bersyukur atas keberkahan. Aamin.

Perahu Kertas –

Alhamdulillah, terima kasih orang baik 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: