[VIDEO] Dapat Surat Kematian Bapa, Cara Cikgu Tenangkan & Peluk Murid Buat Ramai Sebak

"Terima kasih cikgu tolong peluk dia" – Netizen.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @r3tusa (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehilangan orang tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditanggung, apatah lagi jika ia berlaku ketika masih kecil

Baru-baru ini, tular di TikTok apabila seorang guru wanita berkongsi momen menyayat hati ketika salah seorang anak muridnya datang menyerahkan surat kematian bapanya.

"Anak yatim ini sebaya anakku yg bongsu. Sebagai ibu bapa mereka di sekolah, tanggungjawabku menaikkan kembali semangat anak-anak ini. Sebak sgt. Teringat diri sendiri suatu masa dulu. Semoga anak-anak ini kuat semangat.. Amiiinnn," tulisnya.

Terus peluk murid sebagai tanda sokongan

Apa yang membuat ramai sebak, guru tersebut dilihat terus membuka tangan untuk memeluk murid itu sebaik sahaja menerima surat berkenaan.

Murid yang mengenakan vest maroon itu kemudian berlari ke arah gurunya sebelum mereka berpelukan. Guru tersebut juga dilihat mengusap belakang badan muridnya sambil berkata sesuatu, dipercayai untuk memberi kata-kata semangat.

Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa sebak melihat cara guru tersebut menenangkan anak muridnya

Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi kanak-kanak itu kerana pernah merasa kehilangan bapa suatu ketika dahulu.

Antara komen daripada netizen di TikTok:

SAYS.com
Image via @r3tusa (TikTok)
SAYS.com
Image via @r3tusa (TikTok)
SAYS.com
Image via @r3tusa (TikTok)

Lihat video di bawah:

@r3tusa

Anak Yatim ini sebaya anakku yg bongsu 🥺 Sebagai ibubapa mereka di sekolah, tanggungjawab ku menaikkan kembali semangat anak² ini.. Sebak sgt.. Teringat diri sendiri suatu masa dulu 🥺 Semoga anak² ini kuat semangat.. Amiiinnn 🤲 #anakyatim #diariseorangguru #ujianhidup

♬ original sound – Dinde Retusa – Dinde Retusa

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: