[VIDEO] Cuma Guna Animasi 2D, Ramai Luah Rasa Rindu Jadi Student Di UiTM
Dengan background lagunya, memang nostalgia habis!
Cover image via @terribleart (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang graduan daripada Jurusan Animasi 2D di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana telah menghasilkan sebuah video animasi 2D menyentuh jiwa menggambarkan suasana kehidupan di universiti
Menerusi hantaran video animasi @teribbleart di laman Instagram miliknya, klip animasi tersebut memaparkan suasana di UiTM Puncak Perdana.
Dalam hantarannya itu, dia turut berkongsi memorinya sepanjang bergelar mahasiswa di universiti berkenaan dan menggambarkannya dalam bentuk animasi 2D.
"Saya akan merindui UiTM Puncak Perdana selepas ini. Sejak tahun 2018 mengambil Diploma dan meneruskan Ijazah pada tahun 2021 semasa PKP, saya berasa sangat sedih dan kecewa kerana tak dapat menghadiri kelas secara bersemuka. Kami menghabiskan 3 semester dalam talian.
"Ia mendorong saya untuk mula melukis dan menggambarkan suasana di Puncak Perdana kerana saya benar-benar menginginkan kehidupan di universiti. Tak pernah terfikir pun video saya akan menerima perhatian yang begitu banyak, hingga menjadi sedikit viral haha, malah pensyarah pun mengetahuinya. Ramai orang menghantar DM dan berkongsi foto Puncak agar saya dapat melukisnya. Saya sangat gembira apabila orang lain juga merindui Puncak Perdana seperti saya.
"Alhamdulillah, pada semester 4 (2022), kami akhirnya kembali ke kampus. Saya sangat bersyukur dapat menghabiskan waktu di Puncak Perdana, walaupun hanya satu semester," tulisnya.
Image via Instagram
Menghadirkan perasaan nostalgia dan mengembalikan memori para netizen
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya memberi reaksi rindu akan memeori ketika berada di zaman universiti.
Hanya memerlukan visual 2D tanpa sebarang dialog dan runut bunyi yang tepat, klip tersebut berjaya menyentuh perasaan ramai penontonnya.
Lihat antara komen di bawah:
Image via Instagram
Image via Instagram
Image via Instagram
Image via Instagram
Lihat video tersebut di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

