[VIDEO] Coldplay Tak Sengaja Timbulkan Kontroversi Hubungan Sulit CEO Syarikat Astronomer Di Konsert

Rakaman momen 'kiss cam' itu tular secara global disebabkan aksi spontan pasangan berpelukan itu mencurigakan ramai.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @instaagraace (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi Astronomer, Andy Byron jadi tumpuan dunia selepas aksinya seperti 'kantoi' dirakam dan dipapar di skrin gergasi dalam sebuah konsert Coldplay

Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial itu, difahamkan individu terbabit dilihat sedang memeluk Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat itu, Kristin Cabot, dirakam secara langsung menerusi segmen 'kiss cam'.

Sebaik sahaja menyedari wajah dan aksi mereka terpampang di skrin gergasi, Byron segera mengalihkan badannya manakala Kristin pula dilihat menunduk dan menutup wajahnya, jelas terkejut dengan reaksi khalayak.

Vokalis Coldplay, Chris Martin, yang menyedari reaksi penonton, sempat mengusik dengan berkata "Mereka sama ada sedang menjalin hubungan sulit atau sangat pemalu."

SAYS.com
Image via TikTok

Timbul spekulasi isteri Andy Byron telah membuang nama keluarga 'Byron' dari nama profil sosial media

Susulan kejadian itu, terdapat dakwaan memberitahu bahawa isteri Andy Byron, Megan Kerrigan Byron, telah memadamkan nama keluarga 'Byron' dari profil media sosialnya, sekali gus cetus spekulasi perkara ini berkait dengan insiden 'kantoi' tersebut.

Rakaman tersebut kini mencapai jumlah tontonan sebanyak 41.6 juta di TikTok.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya mendedahkan profil dan pangkat mereka di syarikat Astronomer. Andy Byron juga didakwa sudah memiliki dua orang anak.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: