[VIDEO] Cikgu Taska Sepak & Dera Kanak-Kanak 2 Tahun Di Pusat Jagaan

Difahamkan, seorang guru telah diremnan selepas lalporan polis dibuat.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Nalissa Azmee (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru taska kini dalam tahanan reman polis selepas didapati mendera seorang kanak-kanak 2 tahun

Menerusi perkongsian Nalissa Azmee di Facebook, bukan seorang kanak-kanak sahaja di dera, kanak-kanak lain turut didakwa telah dipukul dan dicubit oleh guru berlainan.

"Parents buat aduan kepada owner taska tapi seringkali dijawab 'insect bites', manakala teacher pula tak habis-habis berlakon 'kena tolak dengan friend', 'diorang main together ada jatuh' atau 'kak kitorang baru perasan kenapa kaki lebam?'.

"Saya pernah tak letak 100% kepercayaan pada anak saya, Lily, saya pernah menidakkan bila Lily mengadu sebab usia dia baru dua tahun tapi dia talkative.

"Cumanya dalam pada masa sama saya suspicious sebab bibir berdarah dua tiga kali, lebam pernah ada, memberontak dan mengamuk semasa diambil di taska banyak kali.

"Kami dimaklumkan pada hari Rabu 27 Ogos bahawa operasi taska sehingga 29 Ogos. Bila dikaji, oh baru tahu punca anak-anak kami didera. Yang masih obvious lebam dan darah boleh buat laporan polis tapi macam Lily, lebam dan luka sudah tak ada.

"Semalam saya confess salah satu cikgu dan dia mengaku dia pukul kepala Lily bila saya ugut untuk report polis. Anak-anak trauma. Ibu bapa ambil cuti settlekan anak. Kos untuk daftar taska baru juga bukan murah," tulisnya.

SAYS.com
Image via Facebook

Mendedahkan perkara tersebut untuk beri kesedaran kepada para ibu bapa

Tambahnya dalam sebuah lagi hantaran, wanita itu menjelaskan tujuannya mendedahkan insiden itu bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk berhati-hati dalam memilih pusat jagaan kanak-kanak.

"Ingin saya tekankan di sini tujuan posting saya bukan untuk menakutkan parents hantar anak ke taska. Kita semua berkerja dan perlu hantar anak ke taska. Pilih taska yg anda trust, ada HQ, ada support system yg bagus, ada valid SOP maka boleh elak dari kes-kes yang tak diingini.

"Saya tegaskan di sini sebab saya baru 'di-reject' oleh taska lain untuk penempatan baru anak saya kerana isu viral penderaan kanak-kanak ini. Mungkin takut taskanya pun akan viral satu hari nanti, mungkin juga fikir saya punca ibu bapa minta rakaman cctv selepas ni. Jujur saya amat pissed-off dengan hal ni.

"Tegas saya, jika anak dihantar dalam keadaan elok dan balik pun elok, tidak perlu minta cctv. Kalau anak tak makan di taska pun tak perlu minta cctv. Kita parents tak ada masa untuk semua tu. Tujuan hantar ke taska supaya kita boleh berkerja. Itu saja.

"Saya tidaklah ingin mempengaruhi mana-mana ibu bapa. Trust the teachers. Trust the owner. Have a good communication & relationship. That's all," tulisnya.

Lihat video tular tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: