[VIDEO] CEO Kaki Review Minta Maaf Pada Jason, Akui Tak Dapat Kawal Emosi Masa Buat Video
Settle sudah.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
CEO Kaki Review buat permohonan maaf secara terbuka kepada Jason iaitu seorang food reviewer yang terkenal dalam kalangan pengguna TikTok di Malaysia
Menerusi video perkongsiannya di TikTok, lelaki tersebut menyatakan permohonan maafnya terhadap Jason disebabkan videonya sebelum ini.
Menurutnya, dia akui bahawa dirinya tidak dapat mengawal emosi ketika membuat video tersebut dalam keadaan marah.
"Assalamualaikum, aku CEO Kaki Review, dengan rasa rendah diri aku ingin mohon maaf pada Jason dengan apa yang berlaku sebelum ini.
"Haritu aku emosi dan aku tak kawal, aku minta maaf Jason," tulisnya.
Image via @ceokakireview (TikTok)
Berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya
Dia memaklumkan bahawa dirinya sudah menghantar mesej permohonan maaf secara individu kepada Jason mengakui salahnya.
"Jason, I minta maaf dengan you, I mengaku silap I, I berjanji perkara ini tak akan berulang lagi.
"Dan aku minta maaf kepada semua sekali followers Jason, daripada aku CEO Kaki Review, salam Ramadan," katanya.
Lihat video permohonan maaf berkenaan di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


