[VIDEO] Budak 16 Tahun Berjaya Pecah Rekod Larian 100 Meter Usain Bolt

Atlet tersebut telah mencipta rekod dunia baharu bagi catatan masa 100 meter kategori bawah 18 tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Japan Forward & AW
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atlet remaja Jepun berusia 16 tahun berjaya cipta rekod dunia baharu bagi catatan masa 100 meter (m) dalam kategori pelari bawah 18 tahun

Menerusi laporan Berita Harian, atlet pecut yang masih bersekolah itu, Sorato Shimizu telah mencatat masa hanya 10 saat dalam acara olahraga di Hiroshima, kelmarin.

Shimizu berjaya memecahkan rekod terdahulu yang dikongsi pelari Amerika, Christian Miller, dan pelari dari Thailand, Puripol Boonson, yang masing-masing mencatat masa 10.06 saat.

Lebih menjadikan rekod ini istimewa, Shimizu turut berjaya mengatasi catatan terbaik Usain Bolt ketika berusia 20 tahun.

Ikon Jamaica itu yang masih memegang rekod dunia keseluruhan acara 100m mencatat masa terbaik peribadi 10.03 saat ketika berusia 20 tahun.

SAYS.com

Sorato Shimizu (kiri) berlari pecut dalam 100 meter akhir dalam Kejohanan Sekolah Menengah Antara Wilayah pada 26 Julai 2025, di Hiroshima.

Image via Japan Forward

Kini berada dalam kalangan rekod atlet terbaik sepanjang zaman Jepun

Catatan masa Shimizu dicapai ketika Kejohanan Sekolah Menengah Antara Wilayah, yang meletakkannya di kedudukan kelima sepanjang zaman dalam kalangan atlet Jepun.

Dia juga kini memegang rekod sekolah menengah kebangsaan Jepun terdahulu dicatat Yoshihide Kiryu dengan 10.01 saat bertahan selama 12 tahun.

"Saya bertekad untuk berlari di bawah 10 saat menjelang perlumbaan akhir.

"Saya gembira dapat mencipta rekod sekolah menengah. Saya ingin mencuba rasanya jika saya boleh melayakkan diri," kata Shimizu.

Catatan masa Shimizu telah melepasi had kelayakan untuk menyertai Kejohanan Dunia Olahraga yang dijadualkan berlangsung di Tokyo pada September ini.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: