[VIDEO] Bangunan Pentadbiran SM Sains Alam Shah Habis Musnah Terbakar
Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 pagi tadi.
Cover image via Buletin TV3
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah video di media sosial memaparkan bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Cheras habis musnah terbakar pagi tadi
Menerusi perkongsian video berdurasi 11 saat oleh Buletin TV3 di laman X, kelihatan api marak di seluruh bangunan tersebut.
Difahamkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Mohd Azizi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 pagi.
Sejurus itu, pihaknya menghantar tiga jentera dari BBP Bandar Tun Razak, BBP Hang Tuah dan BBP Cheras bersama dua unit tangki air dan satu unit EMRS ke lokasi kejadian.
Image via Buletin TV3 (X)
Setakat ini, tiada korban jiwa dilaporkan
"Kebakaran membabitkan bangunan pentadbiran sekolah yang menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail dan beberapa bilik lain. Kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur bangunan.
"Seramai 44 anggota terbabit dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.55 pagi," katanya.
Beliau berkata lagi, tiada mangsa cedera dan pihak polis masih menyiasat punca kebakaran.
Image via Harian Metro
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


