[VIDEO] “Bangun Pagi Terus Siren Bunyi” – Warga Shah Alam Mula Risau Paras Air Di Tahap Bahaya

Harap semuanya okay.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Orang ramai di sekitar Shah Alam mula berjaga-jaga apabila paras air sungai yang hanya berada di sebelah rumah naik dengan tinggi

Menerusi sebuah hantaran @_nxzxtxl di Threads, wanita itu berkongsi bagaimana dia mula mendengar siren amaran berbunyi tanda paras air sudah capai tahap berbahaya.

"Bangun pagi terus siren bunyi cakap paras air di tahap bahaya. Rumah dah lah tepi Sungai Klang ni je.

"Tiga tahun lepas banjir kes mati lemas tu dahlah depan rumah ni je," tulisya.

Dalam sebuah lagi perkongsian di Threads, @bellxshv berkongsi keadaan sungai di Shah Alam,

"Guys update Jalan Budiman SS 22 Shah Alam! Sungai dah makin naik air, hujan tak berhenti dari malam tadi. Hopefully tak banjir ya Allah," kongsinya.

SAYS.com
Image via @bellxshv (Threads)
View on Threads

Timbulkan kebimbangan penduduk berharap kejadian banjir besar di Shah Alam tiga tahun lepas tak berulang

Bagi @farisfoxz pula, dia berkongsi rasa bimbang dengan keadaan cuaca hujan yang berlarutan di Shah Alam.

"Hujan tanpa henti di Shah Alam. Goyang juga rasa. Takut kalau berulang banjir mega macam tiga tahun lepas. Nauzubillah," tulisnya.

Menerusi tinjauan komen pada perkongsiannya itu, ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing ketika berhadapan dengan banjir besar berkenaan.

"Tiga tahun lepas saya salah seorang mangsa banjir Shah Alam. Tersekat di Giant Seksyen 13. Malam tu tidur di tingkat satu pejabat Giant. Esoknya baru dapat keluar. Harap tidak jadi lagi. Insha-Allah," kata Nasihin Nordin.

"Rumah saya di Kampung Lombong, Seksyen 29. Masa kejadian saya di Teluk Intan. Bergegas balik tapi tidak sempat sebab trafik sesak. Kucing lima ekor tersangkut dalam rumah. Alhamdulillah semua selamat," kongsi Joji Hasbul.

"Disember 2021. Masih ingat sampai hari ni. Tersangkut dekat Klang, terpaksa tumpang rumah rakan sekerja sebab tidak boleh keluar," tulis Norfatimah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: