[VIDEO] Aunty Cina Teruja Asal Usul Driver Grab, Siap ‘Kecek’ Lepas Tahu Orang Kampung
Bila kau jumpa orang sama negeri.
Cover image via @amirshahrizan29 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap negeri di Malaysia mempunyai keistimewaan sendiri bermula dari tempat menarik, makanan dan loghat sendiri
Malah, seseorang akan dapat dikenal pasti dari negeri mana dia berasal dengan hanya percakapannya.
Terutaman sekali bagi mereka yang tinggal di belah utara dan Sabah, Sarawak kerana loghat negeri mereka sangat unik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang begitu teruja selepas mendapat tahu asal usul seorang pemandu e-hailing telah mencuri perhatian.
Image via @amirshahrizan29 (TikTok)
Beritahu berasal dari negeri yang sama juga
Menerusi video di akaun TikTok @amirshahrizan29, kelihatan pemandu e-hailing tersebut berkongsi rakaman perbualannya dengan wanita tersebut.
Dapat dilihat wanita Cina berasal daripada negeri Kelantan itu teruja selepas mendapat tahu pemandu e-hailing yang dinaikinya juga merupakan anak jati negeri berkenaan.
"Macam inilah gayanya kalau jumpa orang kampung kita," tulisnya.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


