[VIDEO] Aunty Cina Berani Kerana Benar, Pertama Kali KPDN Kalah Sebab Kedai Ikut Peraturan

Steady aunty ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @kpdnmelaka (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemilik kedai runcit di Melaka baru-baru ini tular selepas premisnya dikunjungi pegawai-pegawai KPDN

Menerusi video perkongsian @kpdnmelaka di TikTok, pemilik premis tersebut yang juga seorang wanita berbangsa Cina dilihat tidak gentar dan sedia beri kerjasama kepada pegawai KPDN untuk melakukan pemeriksaan.

Apa yang menarik perhatian adalah kelantangannya bersuara menegaskan premisnya telah mematuhi peraturan dan undang-undang mengikut garis panduan.

"Susah nak jumpa kedai yang ikut peraturan dengan undang-undang KPDN ni, aunty ni boleh peniaga buat contoh.

"Walau badai melanda, dia tetap teguh dan patuh undang-undang, terbaik Aunty," tulis akaun itu.

Image via TikTok

Turut berkongsi kesihatan dengan amalkan Goji Berry

Pegawai-pegawai KPDN terbabit turut sempat berbual dengan seorang lagi wanita yang mengurus perkhidmatan menjahit di premis berkenaan dipercayai kakak kepada pemilik kedai runcit tersebut.

Wanita tersebut sempat berkongsi rahsia kesihatannya kepada mereka apabila dia ditanya soalan sedemikian.

"I ada satu customer Melayu tu ada cikgu, bawa tunjuk satu biji goji berry, dia kata 90 tahun cikgu dia tak pakai kaca mata makan benda ni.

"Makan goji berry, rebus pun boleh, rendam air pun boleh, minum air dia dan biji dia pun boleh makan," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

@kpdnmelaka Susah nak jumpa kedai yang ikut peraturan ngan undang² KPDN ni. Aunty ni boleh peniaga buat contoh. Walau badai melanda, dia tetap teguh dan patuh undang². Terbaik Aunty #kitagempur #kpdnkita #kpdnmelaka #tiktokchallenge @Armizan Mohd Ali @Fuziah Salleh @Ab Rauf Yusoh @allexseah @KPDN @KERAJAAN NEGERI MELAKA original sound – KPDN Melaka

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: