[VIDEO] Atuk Main ‘Roda Impian’, Cara Kreatif Bagi Duit Raya Kepada Cucu-Cucu
Bestnya dapat macam ni.
Cover image via @dinsperabot (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hari raya adalah masa untuk kita berkumpul bermaaf-maafan dan meraikannya bersama ahli keluarga
Sudah tentu, ramai yang akan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan atuk nenek yang masih ada.
Kalau raya tak sah rasanya tak memberi duit raya betul tak? Apatah lagi jika kita sudah bekerja dan mampu.
Baru-baru ini, tular video memaparkan kemeriahan sebuah keluarga menggunakan cara berbeza untuk memberi duit raya.
Image via @dinsperabot (TikTok)
Atuk buat roda impian untuk berikan duit raya
Menerusi video perkongsian di TikTok @dinsperabot, kelihatan seorang atuk sedang melayan cucu-cucunya di pagi raya.
"Duit raya untuk cucu-cucu, hiburan keluarga di hari raya," tulisnya di kapsyen.
Apa yang lebih menarik adalah, lelaki itu mahu memberikan duit raya kepada cucu-cucunya dengan cara berbeza iaitu dengan menggunakan 'roda impian'.
Dapat dilihat dia telah menghasilkan 'roda impian' yang tertera jumlah wang sebagai pemberian duit raya kepada cucu-cucunya.
Bukan itu sahaja, di dalam putaran itu turut terdapat 'mystery box' di mana terdapat hadiah misteri lumayan yang menanti cucu-cucunya.
Lihat video di bawah:
Syok juga atuk dia buat game macam ni 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


