[VIDEO] Anak Muda Buat Fashion Show Di Bazar Ramadan, Beri Ingatan Tidak Bazirkan Makanan
Ramadan sepatutnya jadi bulan paling jimat, bukan pembaziran.
Cover image via @anistaqwa (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, ramai orang bila masuk sahaja ke bazar Ramadan akan terus 'rambang mata'
Kadang kala sampai tidak tahu nak beli mana satu juadah untuk berbuka puasa, sehingga ada yang memborong dengan banyak sekali demi nafsu mereka.
Dek kerana itu, berlakunya pembaziran kepada makanan yang telah dibeli kerana terlalu kenyang selepas berbuka.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan anak muda yang memperagakan pakaian bertemakan makanan di sebuah bazar Ramadan.
Image via @anistaqwa (TikTok)
Beri ingatan kepada pengunjung bazar Ramadan supaya membeli dengan hemat
Menerusi video perkongsian di akaun TikTok @anistaqwa, kelihatan sekumpulan anak muda dilihat sedang memperagakan pakaian mereka yang bertemakan makanan.
Difahamkan, tujuan mereka melakukannya adalah sebagai satu usaha untuk menasihatkan orang ramai agar tidak membazir kepada makanan dan membeli jangan mengikut nafsu.
Malah, dapat dilihat peragaan tersebut turut diiringi dengan pukulan kompang.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


