[VIDEO] Anak Buat Kejutan Lepas 9 Tahun Merantau, Reaksi Mak Ayah Undang Sebak

Pelukan yang penuh dengan rindu, sebak tengok!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @aenisuhana (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi mereka yang merantau di luar negara untuk menyambung belajar atau mencari rezeki, sudah tentu rindukan keluarga di tanah air tercinta dan selalunya akan pulang untuk beraya bersama

Sama seperti sebuah video yang tular di laman Threads baru-baru ini yang memaparkan seorang pemuda membuat kejutan kepada ibu bapanya.

Menerusi video yang dikongsi oleh @aenisuhana, difahamkan pemuda tersebut baru sahaja pulang ke tanah air setelah sembilan tahun merantau di Korea.

"Surprising Mama dan Abah dengan kepulangan adik dari Korea selepas 9 tahun merantau di sana. Masa ni Mama dah mula cuak sebab cari beg dia tak jumpa," katanya.

Sebaik saja dia membuka face mask, si ibu terkejut dan terus memeluk anak lelakinya itu

Reaksi ayahnya pula yang seolah-olah menahan air mata turut membuatkan ramai sebak.

"Kami sebenarnya sorok beg tu dulu. Mama cek dulu barang dalam beg, risau ada yang hilang. Tiba-tiba… jeng jeng, surprise! Pelukan yang penuh kerinduan. Abah pula masa tu nampak tahan air mata," katanya.

Susulan tularnya video tersebut, ramai yang mengalirkan air mata apabila melihat reaksi kedua-dua orang tua itu.

Lihat video penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: