[VIDEO] Alih Kerusi Jemaah, Rakaman CCTV Surau Papar Bahaya Anak Tidak Diawasi Dengan Baik

Nasiblah pak cik tu tegur baik-baik.

Cover ImageCover image via @speedygozalley (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular sebuah rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah surau memaparkan seorang kanak-kanak lelaki mengalihkan kerusi salah seorang jemaah yang sedang solat

Menerusi rakaman CCTV yang dimuat naik di laman TikTok @speedygozalley, dapat dilihat seorang kanak-kanak lelaki muncul dari arah kanan surau mengalihkan kerusi seorang jemaah warga emas.

Kanak-kanak yang tidak diawasi itu kemudiannya berlari-lari di dalam ruang solat membiarkan kerusi tersebut tanpa meletakkannya di kedudukan asal.

Perkara yang tidak diingini berjaya dielakkan apabila jemaah lain dari kiri dan kanan warga emas terbabit sempat memberi isyarat dengan menepuk belakang badannya sebelum mereka sujud.

Image via TikTok

Mendapat kecaman daripada netizen & menyalahkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya memberi kecaman kepada ibu bapa yang tidak mengawasi anak sebaiknya sehingga kejadian terbabit boleh berlaku.

Ada juga memberitahu ibu bapa perlu pastikan anak boleh berkelakuan baik jika mahu membiarkan atau membawa mereka ke surau atau masjid.

Lihat antara komen tersebut di bawah:

Image via TikTok

Image via TikTok

Lihat rakaman CCTV tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: