[VIDEO] Aksi Mat Rempit Selamba Sekat Pengguna Jalan Raya Buat Lumba Haram Dikecam Ramai
Menyusahkan pengguna jalan raya betul.
Cover image via XFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia tidak lari dengan masalah mat rempit yang semakin menjadi-jadi sehingga tidak menghiraukan keselamatan mereka
Bukan itu sahaja, aksi lumba haram mereka itu telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan mendatangkan kejadian yang tidak diingini.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan aksi berani mereka dengan menyekat jalan raya gara-gara hanya untuk berlumba.
Image via X
Selamba hentikan kenderaan di lebuh raya untuk memulakan aksi perlumbaan
Menerusi perkongsian video di laman X, kelihatan seorang individu terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas di tengah-tengah lebuh raya selepas ditahan oleh seorang pemuda.
Difahamkan, kejadian berlaku di laluan LPT di sekitar Temerloh. Di dalam video dahscam tersebut, dapat dilihat dua orang individu sedang bersiap untuk memulakan perlumbaan haram itu.
Apa yang membuatkan ramai marah mereka dengan selamba menyekat laluan lebuh raya tanpa mengendahkan keadaan keadaan trafik yang sibuk masa itu.
Malah, mereka berlumba dengan tidak memakai topi keledar dan memakai baju hitam yang menyukarkan pemandu lain sukar untuk dilihat dengan jelas.
Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram berkenaan.
Lihat video di bawah:
Kalau kemalangan, dah satu hal menyusahkan orang lain pula.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


