[VIDEO] Ada Majikan Tolak Elaun Lepas Penguatkuasaan Gaji Minimum RM1,700

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas diperiksa, masih ada lagi majikan yang bersikap tidak telus dalam menggaji pekerja susulan penguatkuasaan gaji minimum RM1,700

Perkara itu didedahkan Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, selepas melakukan spotcheck bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di sebuah pusat beli belah di Cyberjaya.

"Tadi saya call ketua pengarah JTK, ajak team buat spotcheck secara adhoc pelaksanaan gaji minimum di sebuah mall.

"Hari ni kita gerakkan Operasi Pemeriksaan Pematuhan Gaji Minimum, bermula di Cyberjaya, ke seluruh negara.

"Door to door, premise to premise. Tiada kompromi bila melibatkan hak pekerja, setiap sen gaji yang diterima pekerja tu hasil keringat dan maruah mereka," tulisnya di laman sosial.

SAYS.com
Image via Instagram

Ada pekerja yang menerima hanya gaji RM1,700 walaupun kerja lebih masa

Menerusi program yang dilakasanakan itu, didapati ada pekerja yang perlu bekerja hingga 12 jam tetapi tetap menerima gaji minimum RM1,700 tanpa bayaran overtime (OT) atau elaun.

Menurut Abdul Rahman, apa yang berlaku itu adalah tidak patut dan perlu diubah oleh majikan.

"Minggu depan kita nak tengok operasi seluruh negara secara besar-besaran berkenaan dengan gaji minimum.

"Dia (majikan) laksana dalam payslip dia laksana RM1,700 tetapi dia potong daripada elaun, maknanya tak betul.

"Maknanya kita nak RM1,700 minimum, elaun dia tu tetap kekal. Biar semua mematuhi. Mungkin kita beranggapan kefahaman dia masih perlu juga dapat nasihat daripada kita," katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: