[VIDEO] Abang Minyak Hitam Jalanan & Dicky Buat Rakyat Malaysia Tersentuh Hati Lagi
Suasana turut bertukar hiba apabila Dicky dilihat sebak dan menangis ketika kedua-duanya saling menolak wang hasil pemberian gift di TikTok.
Cover image via Minyak hitam jalanan original (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sejak semalam, akaun Minyak Hitam Jalanan Original sekali lagi meraih perhatian ramai apabila beliau dan Dicky masing-masing saling menolak wang tunai RM3,000 hasil sumbangan 'gift' siaran langsung di media sosial TikTok
Menerusi video dimuat naik di Facebook, pemilik akaun Minyak Hitam Jalanan Original memaklumkan Dicky yang pernah dibantunya sebelum ini dalam satu video tular, menerima 'gift' dianggarkan antara RM5,000 hingga RM6,000 hasil siaran langsung dilakukan.
Katanya, Dicky berhasrat untuk menyerahkan separuh daripada wang itu kepadanya sebagai infak. Menurut mekanik itu lagi, wang kira-kira RM3,000 berkenaan mahu diberikan kepadanya bagi membantu golongan memerlukan.
"Abang ni sudah bagi kat saya, sebab ada orang rekod abang ni menyatakan abang ini nak bagi duit tu kepada saya, duit gift," kata mekanik terbabit.
Dicky kemudian menjelaskan wang berjumlah RM3,000 hasil 'gift' diterimanya mahu diserahkan semula kepada mekanik berkenaan sebagai infak.
"Ini wang yang saya dapat dan ingin infak balik," ujarnya.

Walau bagaimanapun, mekanik itu enggan menerima wang tersebut sebelum memujuk Dicky menyimpannya demi kegunaan keluarga

Dalam rakaman sama, mekanik berkenaan berkata wang itu lebih baik digunakan untuk persekolahan anak Dicky di kampung halaman.
Suasana turut bertukar hiba apabila Dicky dilihat sebak dan menangis ketika kedua-duanya saling menolak wang tersebut.
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan mengaku tersentuh dengan keikhlasan kedua-duanya, serta menyifatkan ia contoh nilai kemanusiaan yang masih subur dalam masyarakat.
Tonton video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



