[VIDEO] Umie Aida Mohon Maaf Babak ‘Tendang’ Rosyam Nor Dalam Drama Keluarga Itu
Difahamkan, babak menendang muka itu menjadi perbualan dan tular di media sosial.
Cover image via @umieaida_9 (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, drama 'Keluarga Itu' menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat tanah air baru-baru ini
Antara babak yang menjadi perbualan adalah babak di mana pelakon, Datin Seri Umie Aida yang menendang muka Iman lakonan Datuk Rosyam Nor.
Malah, dia juga meluahkan rasa bersalahnya pada pelakon tersebut dengan adegan dan babak yang 'terpaksa' dilakukannya itu.
Rasa berat mahu lakukan babak tersebut walaupun disuruh Rosyam sendiri
Menerusi video di akaun TikTok @umieaida_9, Datin Seri Umie Aida dilihat memohon maaf kepada aktor Datuk Rosyam Nor kerana lakonannya termasuklah babak menendang muka dalam drama Keluarga Itu yang dianggap bersifat keterlaluan.
Di dalam video itu, Umie menjelaskan semua yang dilakukan hanyalah untuk memastikan watak Chempaka dapat direalisasikan dengan baik.
"Abang, saya nak minta maaf sangat. Saya tahu abang yang suruh saya buat babak itu, tetapi memang berat untuk dilakukan," katanya kepada Rosyam Nor.
Difahamkan, Umie membuat permohonan maaf itu selepas susulan babak Chempaka lakonannya yang menendang muka Rosyam kerana merogol anak sendiri dalam drama berkenaan.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


