Vet Tak Beroperasi Biarkan Kucing & Anjing Mati Dalam Sangkar, NGO Desak Pemilik Dikenakan Tindakan
Seekor kucing ditemui masih hidup telah dibawa mendapatkan rawatan.
Cover image via @shimaaris (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah kumpulan kebajikan haiwan menggesa polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk bertindak atas pengabaian haiwan di sebuah klinik veterinar yang kini tidak beroperasi
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM), bangkai seekor kucing dan anjing telah ditemui terbiar di dalam premis yang terletak di Damansara Damai, Petaling Jaya itu.
Menurut SAFM, satu laporan polis telah difailkan Sabtu lalu oleh bekas kakitangan klinik tersebut, di mana DVS juga telah dimaklumkan akan perkara berkenaan.
"Kakitangan dan pihak pengurusan klinik mesti bertanggungjawab atas pengabaian besar ini, di mana mereka telah melanggar tanggungjawab, undang-undang dan etika yang diamanahkan kepada mereka.
"SAFM menyeru siasatan menyeluruh oleh DVS dan PDRM di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772). Individu yang bertanggungjawab mesti menanggung akibat sepenuhnya daripada tindakan mereka," tulis SAFM.

Keadaan bangkai anjing yang dilihat cuba melepaskan diri daripada sangkar besi.
Image via @shimaaris (Instagram)
Bangkai kucing yang ditemukan dalam carrier.
Image via @shimaaris (Instagram)SAFM menggesa langkah-langkah yang sewajarnya bagi mencegah berulangnya insiden sedemikian
Tambah SAFM klinik veterinar perlu memegang prinsip piawaian penjagaan dan tanggungjawab pada tahap yang tinggi.
"Tindakan kekejaman yang dahsyat ini tidak boleh diabaikan. Kita mesti memastikan mereka yang bersalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
"Tragedi ini merupakan peringatan jelas bahawa kebajikan haiwan mesti sentiasa diutamakan. Mereka yang diamanahkan untuk menjaga haiwan mesti telus akan tanggungjawab mereka untuk melindungi dan memelihara haiwan," kata jurucakap SAFM.
SAFM menggesa orang ramai untuk menyokong siasatan yang sedang dijalankan di samping bersama-sama menuntut keadilan untuk haiwan-haiwan yang tidak bersalah.
Lihat kenyataan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



