VARIANTE Tampil Dengan Ukiran Aura Diva Moden, Rai 20 Tahun Kegemilangan Bersama Fesyen Modest
Runway Anniversary Collection membawa rona-rona utama (accent hues) seperti tangerine, cobalt, dusty rose dan sage green.
Cover image via VARIANTEFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di persada fesyen tanah air, hanya segelintir jenama yang berjaya mengekalkan pengaruh serta pesona selama dua dekad, VARIANTE berdiri megah dalam liga tersendiri
Sempena ulang tahun ke-20, jenama ini tampil memukau dengan koleksi khas yang meraikan wanita moden yang menyukai sentuhan modesty penuh attitude, glamor, dan intelektual, persis bintang utama dalam pentas kehidupannya sendiri.
Diasaskan pada 2005 oleh pereka utama Leslie Variyan, VARIANTE mendefinisikan semula ketenangan, kuasa dan sensualiti rahsia wanita Timur melalui busana yang terstruktur cantik, potongan panjang yang flattering, serta perincian lembut namun penuh makna.
"Seorang wanita Variante tidak mengejar perhatian, tarikannya secara semula jadi kerana dia tahu siapa dirinya," kata Leslie.

Koleksi Ulang Tahun: Fashion statement bertaraf antarabangsa
Meraikan legasi dua dekad, Runway Anniversary Collection membawa rona-rona utama (accent hues) seperti tangerine, cobalt, dusty rose dan sage green, diselitkan kemasan satin, tenunan jacquard, serta garisan minimal yang sofistikated. Spirit koleksi ini bukan untuk menarik perhatian, tetapi untuk memberi ruang kepada pemakai agar menyerlah dengan keyakinan tersendiri.
Kepingan ikonik seperti structured kurung, cape abaya, dan tailored dress diberi nafas baharu agar terasa klasik, namun menyengat dengan arus zaman. Semuanya disusun agar boleh ditatah sepanjang hari.
"Ia bukan sekadar tentang pakaian. Ia tentang merasa selesa dalam diri sendiri, meraikan detik anda, dan berpakaian dengan cara yang berkata: 'Ini aku, dan aku bangga menjadi siapa aku'."
"Trend datang dan pergi, tetapi kecantikan abadi, nilai kesederhanaan dan rekaan yang mengangkat wanita, itulah yang kami pegang sejak hari pertama," katanya lagi.

VARIANTE lebih dari sekadar fesyen
Di sebalik segala kilauan fabrik mewah, VARIANTE turut mengangkat misi slow fashion. Menghasilkan jumlah terhad setiap helaian, mengitar bahan koleksi lama, serta menggalakkan pemakaian berulang kali, semuanya dilakukan demi menjaga keseimbangan alam, sekaligus menyuntik makna pada setiap ringgit yang dibelanjakan pelanggan.
Selain busana, pengalaman peribadi juga menjadi DNA jenama ini menerusi sesi personal curation, styling mentorship dan wardrobe revival, VARIANTE juga memanjakan pelanggannya bukan sekadar dengan pakaian tetapi gaya hidup yang penuh karakter.
VARIANTE 20th Anniversary Runway Collection kini boleh didapati di butik utama Pavilion Kuala Lumpur dan menerusi platform eksklusif dalam talian.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



