VARIANTE Lancar Koleksi Urban Edit, Tawar Keselesaan Tanpa Kompromi Untuk Gaya Hidup Aktif

Koleksi ini menggabungkan siluet moden, keselesaan mutlak dan fungsi praktikal untuk wanita urban yang versatil.

Enlarge text
Cover ImageCover image via VARIANTE
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama fesyen modest terkemuka, VARIANTE, sekali lagi mencuri tumpuan peminat fesyen tempatan dengan pelancaran koleksi kapsul terbaharu mereka, Urban Edit

Koleksi ini tampil dengan visi yang jelas iaitu menggabungkan siluet moden, keselesaan mutlak dan fungsi praktikal untuk wanita urban yang versatil.

Apa yang menjadikan koleksi ini lebih istimewa adalah kolaborasi bersama Arif, yang memperkenalkan rangkaian beg eksklusif untuk melengkapkan setiap helaian pakaian.

Sinergi ini mencipta satu keseimbangan sempurna antara estetika feminin dan keperluan gaya hidup aktif, membolehkan si pemakai tampil elegan dalam apa jua suasana.

SAYS.com
Image via VARIANTE
SAYS.com
Image via VARIANTE

Pengarah Kreatif VARIANTE, Leslie Variyan, yang juga bekas Ketua Pereka di Isetan Kuala Lumpur, menyifatkan koleksi ini sebagai satu terjemahan kasih sayang terhadap fabrik.

"Apabila saya memegang sesuatu fabrik dan merasai kelembutannya, saya sudah boleh membayangkan bagaimana ia jatuh mengikut bentuk tubuh wanita. Memberikan kepuasan yang sukar digambarkan apabila dapat melihat rekaan tersebut menyerlahkan sisi elegan wanita,"
ujar beliau.

Identiti mewah dalam setiap perincian

Leslie, yang juga pernah menerajui label Ms. Read, kini merupakan figura penting dalam dunia ready-to-wear (RTW) tempatan. Sentuhan beliau bukan sahaja menjadi kegemaran golongan sosialit dan selebriti, malah turut mendapat tempat di hati kerabat diraja di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2005, VARIANTE kekal setia dengan identiti asalnya iaitu penggunaan fabrik berkualiti tinggi yang dihiasi dengan perincian sulaman manik halus.

Untuk rekod, Urban Edit mengekalkan elemen artisan tersebut namun dalam potongan yang lebih santai dan minimalis, menjadikannya koleksi yang malar segar (timeless).

Kini dengan enam butik di lokasi premium sekitar Kuala Lumpur, VARIANTE terus mengukuhkan penguasaannya dalam pasaran fesyen modest kontemporari, membuktikan bahawa gaya sopan boleh tampil sangat moden dan sofistikated.

SAYS.com
Image via VARIANTE
SAYS.com
Image via VARIANTE

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik