UTOPIA: Opera D’Arte & Universiti Malaya Lancarkan Pameran Seni Ikonik Di Galeri Seni UM
Pameran seni visual yang membawa tema UTOPIA itu akan berlangsung sehingga 20 September ini.
Cover image via Universiti Malaya Art Gallery (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dari kerjaya sebagai akauntan kepada dunia seni abstrak, perjalanan Kurator & Pengarah Artistik Opera d'Arte, Datin Wira Nurina Norman, membuktikan bahawa minat dan dedikasi mampu membuka ruang baharu dalam hidup
Menampilkan koleksi lebih 35 karya seni, beliau kini mempersembahkan pameran solo bertema UTOPIA yang mengetengahkan kanvas berskala besar dengan penggunaan warna-warna terang penuh tenaga.
Pameran seni halus eksklusif itu hasil kolaborasi kreatif bersama Universiti Malaya (UM) terbuka kepada orang ramai dari 18 Ogos 2025 sehingga 20 September 2025 di Galeri Seni UM, Kuala Lumpur.
"Saya memulakan kerjaya sebagai seorang akauntan dan auditor dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Multimedia. Namun selepas berkahwin, saya lebih banyak masa di rumah bersama anak-anak. Dari situ saya mula mendalami seni, khususnya seni abstrak, sejak lima hingga enam tahun lalu," jelasnya.

Tema UTOPIA menggambarkan sebuah dunia impian yang didambakan manusia
Pameran UTOPIA mempersembahkan karya-karya seni kontemporari yang mencerminkan imaginasi, idealisme, dan aspirasi manusia terhadap dunia yang lebih harmoni. Menariknya pameran ini disusun berasaskan falsafah pelukis dalam menyelami pendekatan seni dan pemikirannya.
"UTOPIA didefinisikan sebagai satu keadaan, persekitaran atau masyarakat yang ideal dan sempurna dan tidak mungkin dapat diwujudkan di dunia yang nyata tetapi mampu diwujudkan melalui seni visual dari imaginasi seseorang artis. UTOPIA bukan sekadar pameran seni, ianya adalah sebuah perjalanan merentasi idea dan harapan manusia," kata Datin Wira Nurina.
Kolaborasi Opera d'Arte dan Universiti Malaya ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan industri seni, membuka ruang kepada dialog kreatif antara pelajar, warga akademik, para artis, seniman dan komuniti umum.

Objektif pameran UTOPIA diadakan adalah untuk menghubungkan seni dengan masyarakat, memartabatkan seni tempatan, menggalakkan diaolog dan pemikiran kritis, menyemai inspirasi dan harapan serta meneroka makna UTOPIA.
Pameran ini terbuka kepada orang ramai dari 18 Ogos 2025 sehingga 20 September 2025 di Galeri Seni Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Sepanjang tempoh pameran, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai aktiviti Sampingan seperti sesi wacana seni, bengkel kreatif, dan lawatan berpandu. Kemasukan adalah percuma untuk semua lapisan masyarakat.
Antara sasaran pengunjung untuk pameran ini ialah pelajar pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), artis tempatan dan antarabangsa, agensi seni , para pengumpul (collector) karya seni , aktivis seni yang berkaitan serta orang awam.
Opera d'Arte by Nurina Norman x Galeri Seni Universiti Malaya
Tarikh: 18 Ogos 2025 – 20 September 2025
Masa: 9:00 pagi – 4:30 petang (Isnin -Jumaat); 9:00 pagi – 4:00 petang (Sabtu)
Tempat: Galeri Seni UM, Aras 2, Perpustakaan Utama UM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



