UTM Jadi Institusi Pengajian Tinggi Pertama Di Malaysia Temui Sumber Air Bawah Tanah

Inovasi ini merupakan sebahagian daripada visi jangka panjang UTM bagi memperkukuh keselamatan sumber air kampus.

Enlarge text
Cover ImageCover image via UTM
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menemui telaga akuifer batuan di kampus Johor Bahru dan berjaya membekalkan sehingga satu juta liter air bersih setiap hari hasil inovasi institusi itu

Menerusi laporan UTM News Hub, punca bekalan air itu ditemui dari rekahan batuan keras di bawah permukaan bumi sedalam 158 meter, di mana mengalirnya sumber air bawah tanah.

Inovasi ini meletakkan UTM sebagai institusi pendidikan tinggi pertama di Malaysia yang berjaya membangunkan dan mengoperasikan telaga akuifer batuan sendiri setelah berupaya membekalkan sehingga satu juta liter air bersih setiap hari di dalam kawasan kampus.

Hasil pencapaian berpunca daripada pendekatan penyelidikan terjemahan (Translational Research@Campus) yang diperkenalkan sejak 2018. Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM yang turut tersenarai dalam Stanford Elsevier Top 2% Scientists in the World 2025.

Projek ini diterajui oleh pasukan penyelidik transdisiplin dari UTM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan rakan industri.

Kajian geologi, pengimejan geofizik, hidrogeologi dan teknologi geomatik berketepatan tinggi telah digabungkan bagi mengenal pasti lokasi rekahan batuan yang berpotensi menyimpan serta menyalurkan air.

"Aliran ini seperti urat di dalam badan. Apabila dicucuk dengan tepat, maka darah dapat mengalir, tetapi jika tersasar, aliran tidak akan ditemui," kata Prof. Edy menjelaskan kaedah mengenal pasti rekahan air dalam batuan keras.

SAYS.com

Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam (kanan) dan Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin berbelakangkan sistem rawatan air yang menggunakan karbon diaktifkan berlogo halal bagi menjamin kualiti dan keselamatan air.

Image via UTM

Selepas lima hingga enam bulan kerja penggalian yang bermula pada tahun 2021, sumber air akhirnya ditemukan pada kedalaman 158 meter dalam batuan gabbro

"Gabbro merupakan sejenis batuan yang terbentuk jauh di dalam kerak bumi UTM. Rekahan dalam batuan tersebut bertindak sebagai laluan semula jadi bagi air hujan yang meresap ke dalam bumi.

"Seterusnya ia membentuk sistem akuifer yang mengalir berterusan. Air yang dihasilkan bukan sahaja banyak, malah berkualiti tinggi," jelas Prof. Edy.

Air hujan yang pada asalnya bersifat berasid berubah menjadi beralkali dan diperkaya dengan mineral seperti magnesium, kalsium, natrium dan kalium apabila melalui lapisan batuan ini.

Kandungan ferum yang lazim ditemui dalam air bawah tanah pula dirawat melalui proses pengoksidaan, penggumpalan dan penapisan asas bagi memastikan keselamatannya.

SAYS.com

Prof. Ts. Dr. Edy Tonnizam Mohamad menunjukkan bacaan pH beralkali air akuifer yang telah melalui proses penapisan.

Image via UTM

Kos pembangunan telaga termasuk pemasangan pam, sistem rawatan asas, tangki penyimpanan dan sistem pengepaman, menelan belanja kira-kira RM200 ribu

Kapasiti air yang dihasilkan pula mencukupi untuk kegunaan harian sehingga 7,000 pengguna bagi keperluan harian. Bagi tujuan minuman dan memasak pula, sumber ini berpotensi dimanfaatkan sehingga 100 ribu individu sehari.

Keupayaan teknologi ini terbukti signifikan apabila UTM menggerakkan sumber berkenaan bagi membantu pelajar dan warga kampus ketika gangguan bekalan air berskala besar susulan pencemaran Sungai Johor.

Keupayaan teknologi ini terbukti signifikan apabila UTM menggerakkan sumber berkenaan bagi membantu pelajar dan warga kampus ketika gangguan bekalan air berskala besar susulan pencemaran Sungai Johor.

"Apabila berlaku isu air yang meluas, satu-satunya sumber yang ada ialah akuifer ini dan kita salurkan air ke tangki utama serta melalui lori tangki kepada pelajar dan warga kampus," kata Prof. Edy.

Dari sudut geologi, pembangunan inovasi ini disifatkan sebagai luar biasa kerana kebarangkalian menemui akuifer dalam batuan keras di kawasan berbukit adalah sangat rendah. Sistem akuifer batuan UTM menyalurkan air daripada rekahan batuan keras, menjadikannya lebih stabil dan tidak menjejaskan struktur tanah.

SAYS.com

Tangki yang digunakan sebagai sistem simpanan air bagi memastikan bekalan mencukupi dan terpelihara kualitinya.

Image via UTM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: