Ustaz Wadi Annuar Tegur Wanita Berhijab – “Tengkuk, Anak Rambut & Cuping Telinga Juga Aurat”
Sama-sama kita ambil iktibar dan terima teguran ustaz.
Cover image via eCentral.myFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar, tampil menegur segelintir wanita Muslim yang masih belum menutup aurat dengan sempurna meskipun sudah bertudung
Menerusi satu perkongsian di Threads, beliau mengingatkan bahawa beberapa bahagian yang sering terlepas pandang seperti tengkuk, anak rambut dan cuping telinga juga termasuk dalam aurat yang wajib ditutup.
"Bagi yang bertudung, tutuplah aurat dengan sempurna. Tengkuk, anak rambut dan cuping telinga juga adalah aurat yang wajib ditutup," katanya.

Teguran tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-ratanya menyambut baik peringatan itu
Malah, ramai mengakui mereka kadang-kala terlepas pandang dan mengucapkan terima kasih atas nasihat yang disampaikan secara terbuka.
Di ruang komen, netizen turut menyuarakan harapan agar lebih ramai wanita dapat memperbaiki cara pemakaian tudung demi mematuhi syariat dengan lebih sempurna.
Ada yang menyifatkan teguran itu sebagai satu bentuk peringatan lembut yang wajar diterima dengan hati terbuka.


Lihat posting itu di bawah:
View on Threads


