Ustaz Firdaus Firabib Syukur Toyota Alphard Telah Dijumpai, Namun Kamera & Dron Hilang
Dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat serta polis yang membantu dalam kes kehilangan kenderaan miliknya itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, Mohd Firdaus atau lebih dikenali sebagai Imam Masjid Al Busyra Merbok dan juga Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd meluahkan rasa syukur selepas kereta Toyota Alphard milik beliau akhirnya dijumpai
Menurut laporan Harian Metro, keretanya dilaporkan hilang ketika meletakkannya di parkir kenderaan di sebuah hotel di Ipoh, Perak pada Sabtu lalu.
Semakan kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kenderaan itu bergerak keluar dari pekarangan hotel pada jam 5.25 pagi hari kejadian.
Namun, kereta itu telah dijumpai oleh pihak polis pada semalam (Ahad) di Bukit Merah, Perak selepas membuat pengecaman.
"Semalam jumpa di Bukit Merah, Perak dan saya dah buat pengecaman penuh… dah hantar gambar semua, memang jelas itu kereta saya cuma kamera dan dron tiada," katanya.
Image via Harian Metro
Minta tolong orang ramai jika ada maklumat individu mahu menjual dron atau kamera secara murah
Sementara itu, meskipun keretanya sudah dijumpai, namun kamera dan dron yang berada di dalam kereta telah pun diambil oleh individu berkenaan.
Dia memohon agar sesiapa yang mempunyai maklumat ada individu yang hendak menjual dron atau kamera secara murah atau menjual di kedai mana-mana supaya memaklumkan kepadanya terlebih dulu.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi maklumat serta polis yang membantu dalam kes kehilangan kenderaan miliknya itu.
Terdahulu, dia datang ke Perak untuk mempromosikan perniagaan miliknya, Nasi Kabsah bersama Tehyeish bermula 15 hingga 18 Mei di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Menurutnya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Perak berhubung kehilangan kenderaannya itu. Antara barangan yang ada dalam kenderaan itu, sebuah dron dan sebuah kamera berjenama.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via