Ustaz Di Indonesia Dakwa ‘Korean Heart Shape’ Itu Sebenarnya Salib Kristian
Entahlah. ¯\\_(ツ)_//¯
Cover image via Instagram @dahyun.twice | FacebookRata-rata peminat K-Pop pastinya sudah sebati dengan simbol 'finger heart shape' ini, bukan?
Hampir setiap idola K-Pop menjadikan 'finger heart shape' sebagai tanda cinta dan penghargaan kepada peminat-peminat mereka.
Disebabkan itu, simbol jari yang membentuk hati ini terus berleluasa dan kini menjadi ikutan orang ramai di setiap pelosok dunia.
Namun begitu, baru-baru ini seorang ustaz di Indonesia mendakwa simbol itu sebenarnya membawa maksud salib Kristian
Ustaz tersebut berkata demikian menerusi satu status di Facebook yang berbunyi:
"Ini bukan cinta saudaraku, katanya ini salib. Berhati-hatilah pada zaman sekarang ini, dan sampaikan pesanan ini kepada saudara-saudara Islam yang lain."
Status tersebut bagaimanapun telah dipadam.
Image via Facebook

