“Uncle Roger Nak Kahwin Dah!” – Pasangan Nigel Ng Kongsi Gambar Photoshoot Pertunangan

Tahniah Uncle Roger!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

YouTuber dan influencer yang berasal dari Malaysia, Nigel Ng dilaporkan bakal berkahwin setelah pasangannya membuat hantaran photoshoot pertunangan mereka baru-baru ini

Lebih dikenali dengan panggilan Uncle Roger, pempengaruh berusia 34 tahun itu dilihat membuat photoshoot sempena pertunangannya yang dikongsi pasangannya Sabrina di laman Instagram miliknya.

"Ini antara momen daripada photoshoot sempena pertunangan kami sekitar Taipei," tulisnya.

Memberi penghargaan kepada jurugambar mereka, Karren Kao merealisasikan permintaan mereka menangkap momen yang mereka inginkan

"Terima kasih, @karren_kao, kerana merealisasikan apa yang kami mahukan dan menyokong kami sepanjang proses penggambaran (malah pergi membeli-belah dengan kami untuk mencari pakaian dan menghiburkan saya semasa saya menangis di kedai pengantin).

"Sebagai artis dan rakan, kami tidak dapat melakukannya tanpa awak dan team awak," tambahnya.

Gambar-gambar itu memaparkan pasangan berkenaan bergambar dengan pelbagai latar belakang di Taipei, termasuk di kedai makan yang sibuk, sekitar arked dan gerai-gerai di tepi jalan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: