Uncle Kentang Dedah 99% Penderma Adalah Golongan Marhaen – “Bukan Semua Orang Berada Kaya Di Hati”

Semoga murah rezeki mereka yang banyak menderma tu!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Aktivis kebajikan, Kuan Chee Heng atau lebih terkenal dengan panggilan Uncle Kentang dedah jurang empati antara sesetengah golongan berada dengan rakyat marhaen dalam aspek memberi bantuan

Menerusi sebuah hantarannya di Facebook, beliau berkongsi perbualannya dengan seorang wanita yang meluahkan rasa terkilan terhadap sikap seorang rakan perniagaan berstatus elit.

"Dia menghubungi saya dan dengan sedihnya memberitahu bahawa rakannya yang kaya yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat enggan bantu menderma kerusi roda kepada Klinik Kesihatan. Kata rakannya, itu adalah tanggungjawab kerajaan. Dia sangat kecewa ketika mengadu perkara ini kepada saya.

"Kaya di poket tidak semestinya seseorang itu kaya di hati. Klinik Kesihatan adalah pusat kesihatan terbesar di Malaysia. Ia menyediakan perkhidmatan untuk ibu-ibu baru, bayi baru lahir dan penyakit-penyakit lain.

"Hampir 3,000 orang datang ke klinik ini untuk mendapatkan ubat dan mendapatkan rawatan. Kuala Lumpur pula dipenuhi dengan golongan B40 atau lebih teruk lagi. Mereka tidak mempunyai wang untuk membeli BP Monitor atau Glucometer. Mereka datang dengan harapan kerusi roda sedia untuk mereka," katanya.

SAYS.com
Image via Chee Heng Kuan

Miliki kekayaan harta benda tidak semestinya mencerminkan kekayaan di 'dalam'

Tambah Uncle Kentang, beliau memberitahu melihat sendiri gaya hidup segelintir golongan berkemampuan yang lebih rela membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk perkara lain berbanding memberi bantuan kepada yang memerlukan.

"Saya memberitahunya tidak semua orang kaya akan menderma atau menggunakan wang mereka untuk tujuan amal atau apa-apa tujuan yang baik. Mereka lebih suka membeli Musang King, Black Thorn atau Udang Merah. Mereka lebih suka menghabiskan wang dengan meneguk wiski, brendi atau todi dikelilingi oleh wanita muda, seksi dan cantik yang menghabiskan puluhan ribu malam di kelab.

"Jangan sekali-kali kecewa dengan mereka yang tidak mahu memberi. Golongan seperti ini sebenarnya lebih miskin daripadanya dalam hidup. Saya memberitahunya bagaimana sumbangan untuk bot pemberian wanita itu bernilai RM25,000 telah membantu membesarkan keluarga Melayu apabila seorang ibu meninggal dunia akibat kanser.

"Kami berusaha sedaya upaya untuk membantu si suami mendapatkan bot yang boleh digunakan untuk ke laut bagi menangkap ikan, memberi makan dan membesarkan lima orang anaknya tanpa isteri. Kami juga mendapatkan jala dan kini, bapa itu, Nordin merupakan nelayan sepenuh masa di Melaka," ujarnya.

SAYS.com
Image via Chee Heng Kuan

Dedah 99% daripada dana bantuan yang diterima Uncle Kentang selama ini datang daripada rakyat marhaen

Katanya, dana bantuan yang diterimanya itu sebenarnya datang daripada golongan marhaen seperti peniaga gerai, suri rumah, dan orang awam yang hidup sederhana.

"Saya beritahu dia bahawa 99% penderma datang daripada penjaja, makcik, suri rumah, orang biasa dan bukan daripada orang kaya dan terkenal. Orang biasa ini dapat memahami perasaan golongan miskin, pesakit dan kelaparan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama kami dalam menjadikan kehidupan mereka dan negara lebih baik," katanya.

Walau bagaimanapun, Uncle Kentang memaklumkan tidak semua golongan berada bersikap sedemikian kerana ada juga antara mereka yang melakukan kebajikan tanpa menghebahkan kepada umum.

"Tidak semua orang berada kaya di hati dan tidak semua orang berada bersikap sedemikian. Masih ada orang kaya yang baik bersedekah secara senyap mengikut cara mereka sendiri," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: