Uncle India 80 Tahun Tolak Sumbangan Dari Influencer, Syukur Dengan Bantuan Duit RM600

Bagusnya uncle ni.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @cahayaicha__ (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang warga emas India berusia 80 tahun membuat ramai kagum selepas dia menolak bantuan duit daripada pempengaruh baru-baru ini

Menerusi video yang dikongsi oleh @cahayaicha__ di laman TikTok, warga emas itu disapa ketika dia berada di sebuah kedai serbaneka.

Pempengaruh tersebut ingin memberikan bantuan barang dapur dan duit kepada pak cik berkenaan, namun dia menolaknya.

"Tak perlu, saya masak kayu. Saya umur 80 tahun. Tolong lain orang, saya takda apa. Sudah mau mati," katanya.

Syukur dengan bantuan daripada kerajaan sebanyak RM600 setiap bulan

Menurut pak cik itu lagi, dia sudah rasa mencukupi dengan bantuan kerajaan yang memberikan sebanyak RM600 setiap bulan kepadanya.

"Kalau nak bagi juga, satu keping cukup. Ini saya boleh makan 7 ke 8 hari. You bagi orang lain lagi bagus," katanya lagi.

Lihat video penuh di bawah:

@cahayaicha__

Kali pertama jumpa orang yang sangat kuat bersyukur dalam hidup nya

original sound – Cahaya icha – Cahaya icha

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: