Uncle Cina Pulangkan Wang Hampir RM1,000 Yang Tercicir Depan Kedainya Pada Pemilik Asal

Pemilik wang memberitahu beliau tidak menyedari wang hasil perniagaannya tercicir semasa berjalan ke arah keretanya.

Cover ImageCover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pemilik kedai di Jalan Syed Hussin mencuri perhatian apabila memulangkan wang tunai hampir RM1,000 yang ditemuinya di hadapan premisnya minggu lalu

Menerusi Sinar Harian, pemilik kedai bernama Heng Fock Suan memberitahu kejadian berlaku sekitar jam 10.56 pagi pada 5 Mei lalu ketika beliau keluar dari kedai untuk membuang sampah.

"Kebetulan waktu keluar tu saya nampak ada duit berterabur atas lantai, ada RM50, RM10 dan RM1. Saya dan pekerja kutip semuanya dan kira, jumlahnya RM980.

"Hari yang sama saya tunggu juga kalau ada orang datang tanya pasal duit, tapi tak ada sesiapa muncul," katanya.

Wang milik Wan Shahrul yang dijumpai tercicir di hadapan sebuah premis.

Image via Sinar Harian

Berniat serahkan wang pada polis jika tak jumpa pemilik

Tambah Heng, selepas wang tersebut tidak dituntut, beliau meminta anaknya menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti pemilik wang itu.

"Rupanya pemilik duit tu pengusaha warung di stesen bas. Saya memang kenal dia, selalu juga datang ke kedai dia. Jadi saya terus hubungi dia dan serahkan semula duit tu," katanya.

Heng menjelaskan sekiranya pemilik wang gagal dikesan, beliau tetap berniat untuk menyerahkan wang berkenaan ke balai polis.

Heng (dua dari kanan) menyerahkan wang milik Wan Shahrul (kiri) yang dijumpai tercicir di depan premisnya di Jalan Syed Hussin.

Image via Sinar Harian

Dalam pada itu, pemilik wang bernama Wan Shahrul Sulaiman berkata, beliau tidak menyedari wang hasil perniagaannya tercicir semasa berjalan ke arah keretanya.

"Bila sampai di kereta, saya perasan duit dalam poket dah hilang. Cari sekitar kedai tak jumpa, dalam kereta pun tak ada.

"Waktu tu saya sudah pasrah, ingat memang duit ni dah hilang dan tak dapat jumpa balik.

"Dua tiga hari kemudian, uncle datang ke kedai saya, tanya kalau ada hilang duit. Dia tunjuk CCTV, memang betul duit saya jatuh depan kedai dia," katanya.

Wan Shahrul juga meluahkan rasa syukur dan terharu atas kejujuran Heng yang sanggup mengembalikan wang tersebut walaupun boleh sahaja menyimpannya.

"Kita hidup dalam masyarakat majmuk, perpaduan itu penting. Kejujuran seperti ini tak kenal bangsa. Saya sangat bersyukur dan gembira," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: