“Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa 19 Februari Ini” – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H.
Cover image via Berita RTMFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada 19 Februari 2024 (Khamis)
"Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 19 Februari 2026," kata beliau sebentar tadi.
Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Terdahulu, menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara hari ini.
Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak 1447H!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



