Ulang Tahun MAE Ke-5 Kini Meriah Dengan Pulangan 5% Setahun Dengan MAE Wallet & Promosi Cashback!
Pengguna MAE jangan lepaskan tawaran menarik ini!
Cover image via MaybankFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Maybank.
Platform perbankan pilihan ramai, MAE bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-5:
Lima tahun menjadi teman setia ramai rakyat Malaysia, MAE banyak membantu dalam menguruskan kewangan harian, dari bajet, perbelanjaan sehinggalah kepada penyimpanan. Sudah semestinya faktor jenama Maybank itu sendiri sebagai bank yang boleh dipercayai mendukung aplikasi MAE, membuatkan ramai memilih aplikasi ini sebagai pilihan utama mereka.
Mulai 30 Oktober ini, pengguna MAE boleh nikmati pelbagai ganjaran menarik termasuk pulangan simpanan 5% setahun dan promosi pulangan tunai apabila anda membeli-belah!
Jom tengok apa yang menanti anda:
1. Dapatkan pulangan 5% setahun dengan MAE Wallet, sehingga 31 Januari 2026
Bermula sekarang hingga 30 November 2025, masukkan sekurang-kurangnya RM200 dari mana-mana bank atau eWallet ke MAE Wallet anda, dan jangan lupa masukkan kod 'MAETurns5' dalam ruangan rujukan penerima.
Kekalkan jumlah yang anda transfer itu di dalam MAE Wallet dan anda akan dapat pulangan ke atas jumlah itu. Anda boleh jana pulangan 5% setahun sehingga 31 Januari 2026.
Follow je tips bawah ini:
- Anda boleh maksimumkan returns dan transfer RM10,000 (jika anda mempunyai kad MAE) serta kekalkan baki ini setiap hari sepanjang tempoh kempen, anda boleh dapat sehingga RM128.77.
- Lagi awal anda mula, lagi banyak anda boleh untung!
- Letak dan sabar tunggu je, pulangan dikira setiap hari dan ia akan dikreditkan kepada anda bulan seterusnya.
- Kalau ada dana lebih, anda boleh buat maksimum 3 pemindahan antara 30 Oktober hingga 30 November 2025.


2. Dapatkan pulangan tunai sehingga RM15 bila anda guna Scan & Pay dengan MAE
Lakukan lima transaksi QR (bernilai RM15 dan ke atas setiap satu) dan anda berpeluang dapat pulangan tunai sehingga RM15.

Senang je nak join, tekan 'Join Now' di Tap, Track, Win dalam aplikasi MAE. Promosi ini bermula 1 November hingga 31 Disember 2025, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ganjaran sambil berbelanja!

3. Nikmati diskaun sehingga RM50 bila anda buat pembayaran guna Maybank2u Online Banking semasa checkout!
Kalau anda jenis yang suka shopping online, tawaran ini memang khas untuk anda!
Dapatkan diskaun sehingga RM50 apabila anda membuat bayaran menggunakan Maybank2u Online Banking di platform seperti Shopee, TikTok Shop, Lazada, aplikasi/laman web Watsons, aplikasi ZUS COFFEE dan banyak lagi!
Promosi ini tersedia pada hari-hari double digit atau musim jualan terpilih, selagi stok masih ada, jadi jangan lupa siap sedia rebut tawaran ini bila tiba masa nanti!

Kalau anda bukan pengguna Maybank, boleh je download MAE app sekarang dan daftar MAE Wallet
Selesai je download dan daftar, anda boleh mula nikmati kesemua tawaran 'MAE Turns 5' ini sekali!
Tak sabar nak dapat ganjaran-ganjaran ini? Muat turun aplikasi MAE di iOS atau Android sekarang dan mula urus kewangan anda hari ini!
Untuk maklumat yang lebih lanjut, tekan sahaja di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


