Ulama Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad Raih Pengiktirafan Tertinggi Di Universiti Muhammad V, Rabat

Beliau membuktikan bahawa jalan ilmu menuntut kesabaran serta pengorbanan yang tinggi.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tokoh ulama terkemuka Malaysia, Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin, melakar sejarah di persada akademik antarabangsa apabila meraih pengiktirafan tertinggi bagi tesis Doktor Falsafah (PhD) beliau di Universiti Mohammed V, Rabat, baru-baru ini

Sheikh Muhammad Fuad yang juga Pengerusi Kolej Islam As Sofa Malaysia dan pemimpin Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara, membentangkan tesis bertajuk: "Imam Ahmad bin Idris al-Maghribi dan Usahanya dalam Ilmu Islam serta Penyebaran Nilai-Nilai Tasawuf – Satu Kajian Kritikal."

Kajian tersebut diiktiraf sebagai sebuah karya ilmiah yang sangat berharga kerana berjaya menggabungkan metodologi akademik tradisional dengan analisis pengalaman rohani yang mendalam terhadap pemikiran tokoh sufi besar kelahiran Maghribi tersebut.

SAYS.com
Image via Sofa Education Group – SEG

Sesi viva voce yang berlangsung selama hampir tiga jam di Fakulti Sastera dan Sains Kemanusiaan itu diketuai oleh Dekan Fakulti, Dr. Zakarya Bourhim. Jawatankuasa penilai bukan sahaja menganugerahkan martabat tertinggi 'Musyarraf Jiddan', malah memberikan tiga bentuk pengiktirafan tambahan yang jarang diberikan kepada penyelidik:

  1. Syor Penerbitan: Tesis tersebut disyorkan untuk dicetak sebagai rujukan ilmiah yang sah dan bernilai.
  2. Terjemahan Global: Panel menyarankan agar karya ini diterjemahkan ke dalam enam bahasa utama dunia iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Sepanyol, Portugis, dan Jerman.
  3. Pujian Metodologi: Ketelitian dan keberanian akademik beliau dalam meneliti manhaj Imam Ahmad bin Idris mendapat pujian meluas kerana berjaya mengangkat semula tokoh yang sangat terkenal di Asia tetapi kurang dikaji di tanah kelahirannya sendiri.

Jadi jambatan ilmu antara kedua-dua negara Malaysia dan Maghribi

Kejayaan ini turut memperkukuh peranan Universiti Mohammed V sebagai pusat kecemerlangan ilmu dunia dan memantapkan hubungan kerjasama akademik antara Malaysia dan Maghribi.

Menurut rakan seperjuangan dan anak didik beliau, pencapaian ini adalah manifestasi kesungguhan dan rasa tanggungjawab Sheikh Muhammad Fuad terhadap amanah ilmu. Beliau membuktikan bahawa jalan ilmu menuntut kesabaran serta pengorbanan yang tinggi, sekaligus menjadi teladan bagi seluruh warga Kolej Islam As Sofa.

SAYS.com
Image via Sofa Education Group – SEG

"Sheikh Muhammad Fuad menunjukkan bahawa seorang murid boleh menjadi ulama, dan seorang ulama sejati kekal sebagai murid sepanjang hayat," ujar salah seorang wakil dari Kolej Islam As Sofa.

Dengan pengiktirafan bertaraf dunia ini, Sheikh Muhammad Fuad bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah meletakkan penanda aras kecemerlangan bagi generasi muda Islam dalam mengejar ilmu dan penghayatan nilai-nilai tasawuf secara berdisiplin di peringkat global.

SAYS.com
Image via Sofa Education Group – SEG

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: