UiTM Lancar Inisiatif Menu Siswa Rahmah & Tabung ‘Suspended Meal’ Untuk Bantu Mahasiswa
Bantuan itu digerakkan oleh FKPM dengan kerjasama FSR serta FSPPP.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam usaha membantu mahasiswa berdepan peningkatan kos sara hidup, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini melancarkan inisiatif Menu Siswa Rahmah dan Tabung 'Suspended Meal'
Dekan FKPM, Prof Dr Abd Rasid Abd Rahman berkata, inisiatif berkenaan bukan sekadar menyediakan bantuan makanan, sebaliknya dianggap pelaburan terhadap masa depan mahasiswa.
"Penyediaan Menu Siswa Rahmah pada harga RM5 bukan sekadar satu inisiatif kebajikan, malah merupakan usaha strategik bagi memastikan pelajar dapat meneruskan pengajian dalam persekitaran yang lebih kondusif.
"Kerjasama rentas fakulti ini mencerminkan nilai sinergi warga UiTM dalam memperkukuhkan ekosistem kampus yang prihatin dan sihat," katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi melancarkan inisiatif Menu Siswa Rahmah dan Tabung 'Suspended Meal'.
Image via Malaysia GazetteInisiatif ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya bermula semester hadapan
Bantuan ini digerakkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM (FKPM) dengan kerjasama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM (FSR) serta Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM (FSPPP).
"Pendekatan ini membolehkan warga kampus berkongsi rezeki secara langsung dengan menaja makanan kepada pelajar yang memerlukan.
"Ia bukan saja memudahkan bantuan disalurkan dengan segera, malah menyemai nilai empati, ihsan dan kebersamaan dalam komuniti universiti," katanya lagi.
Untuk rekod, inisiatif itu telah dilancarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi, pada 2 Mac lalu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



