‘Terima Kasih Datuk MB Kerana Tak Berkenan Untuk Membantu Dan Terus Membisu’
#TeamAzizul
Cover image via #AzizulhasniAwang/TwitterAwal pagi tadi seluruh rakyat Malaysia menerima berita gembira apabila jaguh bertaraf dunia The Pocketrocketman, Azizulhasni Awang mencipta sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio
Image via Tune Talk/Twitter
Kejayaannya itu amat bermakna sekali bagi dirinya selepas gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012 lalu, sekaligus menjadikan beliau sebagai pelumba basikal negara pertama Malaysia yang memenangi pingat di Sukan Olimpik.
Rakyat Malaysia juga tidak henti-henti memuji dan memberi ucapan tahniah kepada beliau di segenap laman sosial.
Tiada apa yang mampu beliau lakukan lagi selain memberi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakyat Malaysia khususnya individu-individu yang sentiasa bersamanya semasa susah ataupun senang
Image via Malek Hussin/Twitter
Satu ucapan panjang telah dimuatnaik oleh Azizul di laman Facebook dan terdapat beberapa sebab yang menarik orang ramai untuk terus membaca. Baca ucapan beliau di bawah:
Image via BERNAMA/Twitter
Image via Instagram @tyajojo
Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatihnya ketika berlatih di Melbourne dan juga jurulatih pertamanya yang mencungkil bakatnya ketika di Dungun dahulu
Dari kiri: Ummi Hamimah Mohamad, Allahyarham Rozimi Omar, Azizulhasni Awang
Image via New Straits Times Online
Dalam ucapannya itu, beliau turut berterima kasih kepada Team Berbasikal Olimpik Rio dan Institut Sukan Negara yang memilihnya untuk bernaung di bawah satu program yang dipanggil Program Podium
Image via BERNAMA/Twitter
Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Kementerian Belia dan Sukan yang sentiasa menyokongnya terutama YB Khairy Jamaluddin dan Yayasan Sime Darby yang memberikan biasiswa untuk melanjutkan pembelajaran di Melbourne
Image via BERNAMA/Twitter
Namun, apabila tiba sahaja giliran Menteri Besar Terengganu, penulisan beliau sedikit berubah dan kedengaran seperti ada unsur kecewa
Image via www.therakyatpost.my
Akhir sekali ucapan terima kasih diberikan kepada sahabat-sahabat beliau dan menyatakan hasrat tidak sabar untuk pulang ke tanah air yang tercinta
Image via ASTRO ARENA/Twitter
Sekali lagi daripada kami TAHNIAH AZIZUL! #TeamAzizul
Image via SEA Games (News)/Twitter


