“TV3 Paling Bangsat!” – Orang Ramai Berang Buletin Utama Putar Belit Kenyataan TMJ

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS
Logo

Pada 23 Mac 2016, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), mengimbas kembali krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992

Baginda menyifatkan detik itu sebagai "detik hitam" apabila kuasa dan kekebalan raja-raja telah dilucutkan oleh Kerajaan Persekutuan

Walaubagaimanapun, keadaan telah pulih sekarang. "Pada hari ini, hubungan kerajaan dan Kerabat Diraja Johor berada di dalam keadaan baik. Saya menghargainya."

Kenyataan TMJ itu dilihat bersifat general dan tidak pula nampak seperti ditujukan kepada mana-mana individu.

Namun begitu, Buletin Utama TV3 pada hari yang sama tiba-tiba mengeluarkan headline sensasi yang mengaitkan Tun Mahathir.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang gila kuasa kerana cuba memanipulasi rakyat demi kepentingan diri sendiri.Yang dimaksudkan sejarah hitam antara Istana Johor dengan Kerajaan Persekutuan pada tahun 1992 ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri itu.#OPPOF1 #OPPOMalaysia

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, March 23, 2016

Lain macam TV3 punya headline. TMJ tuduh Dr M gila kuasa?

Posted by SAYS SEISMIK on Friday, March 25, 2016

*Headline* sensasi itu berbunyi, **"Tunku Mahkota Johor sifatkan Tun Dr Mahathir sebagai gila kuasa, tamak haloba."**

Melihatkan perkara sebegitu berlaku, netizen di laman sosial bertindak menyerang Buletin TV3 dengan caci maki dan hamburan kata-kata kesat seperti 'bangsat', 'penipu', 'penjilat', dan macam-macam lagi

Dalam masa yang sama, Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md Arip turut bersependapat dengan orang ramai dengan berkata:

"TV3 merupakan stesen tv yang paling bangsat pernah lahir dalam sejarah negara kita."

Muhammad Zahid juga menggesa TV3 agar mengeluarkan kenyataan maaf kepada TMJ secara terbuka dan menyeru bangsa Johor untuk bangkit menegakkan keadilan.

Apabila ditanya mengenai isu tersebut, TMJ menjawab, "Ia ditujukan kepada sistem, bukan kepada Tun Mahathir atau sesiapa pun."

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: