Tun M Bersalah Tapi Tindakan Undang-Undang Tak Diteruskan Sebab Dah Berumur 100 Tahun – PMX
Difahamkan, Tun Dr Mahathir tetap bersalah atas keputusannya sebagai Perdana Menteri pada 2018 melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kabinet buat keputusan tidak kenakan tindakan undang-undang terhadap bekas Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Pulau Batu Puteh disebabkan faktor usianya yang sudah mencecah 100 tahun
Menerusi laporan Harian Metro, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tetap berpendirian Dr Mahathir tetap bersalah atas keputusannya dengan mudah melepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
"Kita ambil keputusan kerana ia membabitkan bekas Perdana Menteri, yang usianya 100 tahun.
"Apakah beliau tidak salah? Beliau salah. Apakah perlu ambil tindakan? Saya di Jemaah Menteri, saya bersetuju jangan ambil tindakan.
"Jika ambil tindakan, Kota Bharu (merujuk Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang akan jerit kata kita tidak adil tapi saya tanpa membabitkan soal ini kerana usianya sudah 100 tahun.
"Salah besar dalam hal ini tetapi kita tak payahlah teruskan (ambil tindakan)," katanya.

Pulau Batu Puteh.
Image via The Malaysia PressPentadbiran Dr Mahathir menarik balik permohonan semak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi Pulau Batu Puteh kepada Singapura
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dinyahklasifikasi dan dikeluarkan pada Disember tahun lalu, mendedahkan kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir secara sepihak telah memutuskan menarik balik permohonan menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Suruhanjaya itu memaklumkan siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.
Anwar menegaskan, perkara itu tidak boleh berulang khusunya dalam tuntutan sempadan maritim di Laut Sulawesi antara Malaysia dan Indonesia.
"Pulau Batu Puteh itu, penyerahannya terlalu mudah, yang sekarang ini diam oleh rakan-rakan saya sebelah sana (pembangkang).
"Ini soal maruah. Kalau Beluran rasa terkesan kerana isu Laut Sulawesi, begitu jugalah Malaysia seluruhnya dan orang-orang Johor dalam soal penyerahan Pulau Batu Puteh. Kenapa 'double standard' dalam hal ini?" katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 