Tular Video Pemuda Cedera Dibelasah Sekumpulan Lelaki, Didakwa Kantoi Berskandal?

Mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh kira-kira lima hingga tujuh individu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mohd Firdaus (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan seorang pemuda longlai selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah rumah yang dipercayai berlaku di Pasir Gudang, Johor

Menerusi perkongsian video daripada Mohd Firdaus di Facebook, mangsa dibelasah tanpa belas kasihan oleh kira-kira lima hingga tujuh individu.

Dalam rakaman video berdurasi 35 saat dan satu minit 22 saat itu, mangsa dilihat dipegang oleh beberapa lelaki sebelum ditumbuk dan disepak pada bahagian muka, dada serta anggota badan lain.

Salah satu video turut memaparkan tindakan kejam salah seorang suspek yang menumbuk dan menendang alat sulit mangsa.

Insiden terbabit mengundang kemarahan netizen yang memenuhi ruangan komen dengan kecaman terhadap tindakan sekumpulan remaja itu. Mereka turut menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kejadian tersebut dengan segera.

Menurut laporan Buletin TV3, PDRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, seorang pemilik kedai hantaran dan goodies tampil mengeluarkan laporan polis selepas didakwa kejadian itu berlaku di tempatnya

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: