Tular Papan Tanda Di Lebuh Raya SUKE Dikatakan Kecil, PROLINTAS Tampil Beri Keterangan
Difahamkan, papan tanda yang tular itu telah pun diturunkan.
Cover image via PROLINTASBaru-baru ini, tular isu dalam kalangan netizen mengenai saiz papan tanda di lebuh raya [SUKE] (https://says.com/my/seismik/buat-rider-motor-keliru-signboard-di-lebuh-raya-suke-ini-dikatakan-macam-saiz-a3) yang dikatakan terlalu kecil
Hal tersebut mula tular sejak sebuah video daripada seorang pengguna di TikTok telah mendapat perhatian ramai gara-gara dia merakam situasi semasa menunggang motor pada waktu malam di SUKE.
Image via @bob_yp (TikTok)
Isu tersebut turut mendapat perhatian daripada pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS)
Susulan tularnya isu berkenaan, pihak PROLINTAS telah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan mengapa mereka memasang papan tanda di lebuh raya SUKE dengan saiz sebegitu.
Menurut kenyataan tersebut, PROLINTAS menerusi anak syarikat Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd ingin mengesahkan bahawa papan tanda yang dipasang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baru beroperasi adalah mengikut piawaian yang ditetapkan dan telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Papan tanda yang diwartakan itu dipasang pada gantri yang terletak pada setiap 250 meter sebelum simpang. Sebagai inisiatif tambahan yang dijalankan oleh perunding yang dilantik dan syarikat, papan tanda sokongan diletakkan di persimpangan di atas papan tanda arah.
Image via PROLINTAS
Image via PROLINTAS
Image via PROLINTAS


