Tular Mercedes-AMG GT R Rempuh Penghadang Di Litar Sepang, Pemandu Cedera Tulang Belakang

Ngerinya tengok.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bryan Tan (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah video tular memaparkan supercar Mercedes-Benz AMG GT R merempuh penghadang keselamatan ketika sesi pemanduan di Litar Antarabangsa Sepang

Menerusi hantaran yang tular di Facebook, kereta bernilai lebih RM1.7 juta itu hancur teruk selepas terbabas pada kelajuan tinggi menghampiri selekoh T15 iaitu antara laluan lurus terpanjang di Sepang.

Walau bagaimanapun, pemandu dan penumpang dilaporkan berjaya diselamatkan walaupun mereka mengalami kecederaan.

Masalah brek tidak berfungsi punca utama

Kereta tersebut dipandu pada kelajuan 229km/j dan mula membrek pada tanda 200 meter, namun sistem brek gagal berfungsi sebelum impak berlaku sekitar 180km/j.

Difahamkan, pemandu tersebut adalah pelumba profesional yang pernah menyertai Motul 12 Hours GT3 Endurance Race dan TCR Macau Grand Prix.

Terkini, pemandu dikatakan mengalami kecederaan pada tulang belakang dan masih dirawat di hospital.

Lihat video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: