Tular Lelaki Beli 30 Ketul Ayam Goreng Setiap Hari, Rupa-Rupanya Bagi Kucing Jalanan Makan
MashaAllah, semoga dimewahkan rezeki abang ini.
Cover image via Azrul Shah Mohd Isa (Facebook)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang pelanggan restoran yang dikatakan setiap hari membeli 20 hingga 30 ketul ayam goreng telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini
Menerusi perkongsian di Facebook Azrul Shah Mohd Isa, difahamkan pelanggan lelaki berkenaan setiap hari membeli ayam goreng di restoran miliknya.
"Pelanggan ni beli 20-30 ketul ayam goreng setiap hari. Mula dulu hairan jugak kenapa beliau tak masukkan ayam dalam palstik bungkus lauk, tapi terus masukkan dalam plastik beg," katanya.
Image via Azrul Shah Mohd Isa (Facebook)
Rupa-rupanya, nak bagi kucing jalanan makan
"Rupa-rupanya ayam goreng tu untuk kucing-kucing jalanan yang ada sekitar TTDI dan Sungai Penchala.
"Semoga Allah permudah dan perbanyakkan rezeki untuk orang-orang pemurah seperti pelanggan ini," katanya lagi.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet di Facebook turut memuji tindakan pelanggan tersebut dan mendoakan untuknya
Image via Azrul Shah Mohd Isa (Facebook)
Image via Azrul Shah Mohd Isa (Facebook)
Image via Azrul Shah Mohd Isa (Facebook)
Lihat posting penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik

