Tular Isu Sosej Farm’s Gold Didakwa Tidak Halal, Ini Penjelasan Rasmi JAKIM
Pengguna dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan tidak terus mempercayai mesej yang tidak sah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, media sosial kecoh dengan dakwaan mengatakan sosej jenama Farm's Gold tidak mempunyai sijil halal
Isu ini mula tersebar di platform seperti WhatsApp dan Threads, sekali gus menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna Muslim, terutamanya ibu bapa.
Namun begitu, perkara ini telah dijawab secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut kenyataan rasmi JAKIM, produk sosej Chicken Frankfurter jenama Farm's Gold sebenarnya mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Difahamkan, sijil halal tersebut diiktiraf sehingga 30 November 2027. Ini bermaksud dakwaan yang tular mengatakan produk tersebut tidak halal adalah tidak benar sama sekali.

Semakan dibuat secara terperinci
JAKIM turut memaklumkan bahawa mereka telah menjalankan semakan menyeluruh terhadap pensijilan halal bagi produk di bawah Saudee Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang mengeluarkan Farm's Gold.
Hasil semakan mendapati:
- Produk mematuhi piawaian halal Malaysia
- Proses pengeluaran menepati garis panduan ketat
- Status halal masih aktif dan sah
Pihak Saudee Sdn. Bhd. juga tampil menjelaskan bahawa mereka sentiasa memastikan setiap proses daripada bahan mentah hingga ke produk siap, justeru mematuhi prosedur halal yang ditetapkan.
Selain itu, produk mereka juga melalui standard keselamatan makanan seperti:
- HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point)
- GMP (Good Manufacturing Practice)
Ini menunjukkan kawalan kualiti yang ketat, bukan sekadar dari sudut halal, tetapi juga kebersihan dan keselamatan makanan.
Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 