Tukar Nama Anak Dalam Sijil Kelahiran? Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu & Cara Memohonnya
Senang sahaja rupanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai ibu bapa tak tahu bahawa penukaran nama dan maklumat anak boleh dibuat secara sah, tapi ada syarat dan prosedur tertentu
Kadang-kadang, ibu bapa berubah fikiran lepas mendaftar nama anak atau mungkin ada kesalahan ejaan, kesilapan jantina, dan sebagainya.
Berita baik buat para ibu bapa, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini telah membenarkan perubahan pada sijil kelahiran, selagi ia mengikut prosedur yang ditetapkan.
Berikut ialah perkara penting yang ibu bapa perlu tahu kalau nak tukar nama atau maklumat anak secara rasmi:
1. Penukaran nama hanya boleh dilakukan sekali sebelum umur 1 tahun
Jika anak anda berumur bawah 1 tahun, anda boleh mohon pertukaran nama dengan alasan yang kukuh, contohnya seperti tersilap ejaan, tak sesuai, dan sebagainya. Selepas umur setahun, anda perlu buat permohonan khas melalui mahkamah.
2. Mohon di mana-mana cawangan JPN terdekat
Ibu bapa perlu hadir membuat permohonan di mana-mana pejabat JPN, tak semestinya di negeri tempat anak dilahirkan. Namun, pastikan anda bawa dokumen asal dan salinan yang diperlukan.
3. Sediakan dokumen seperti ini sebelum ke JPN
Antara dokumen penting yang diperlukan adalah:
-
Borang permohonan (diberi di JPN)
-
MyKad ibu bapa (asal & salinan)
-
Sijil kelahiran asal anak
-
Surat sokongan jika berkaitan (contoh: surat hospital)
4. Bayaran proses adalah RM10 sahaja
JPN akan mengenakan caj pemprosesan RM10 bagi setiap permohonan pertukaran. Pastikan anda simpan resit untuk rujukan masa depan.
5. Nama lama akan ditulis di sebelah nama baru
Untuk maklumat anda, JPN tidak akan memadam nama lama sepenuhnya. Nama baru akan dicatat dengan nota yang merujuk kepada nama asal. Hal ini penting untuk rekod rasmi.
6. Proses ambil masa 1–2 minggu, bergantung pada kes
Kebiasaannya, proses akan mengambil masa sekitar seminggu jika tiada isu. Tetapi, jika ada semakan lanjut, mungkin ia akan mengambil masa lebih lama. JPN akan maklumkan bila sijil baru sedia diambil.
7. Kalau anak dah lebih 1 tahun, perlu keputusan mahkamah
Selepas umur setahun, anda tidak dibenarkan menukar nama anak begitu saja. Anda perlu dapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum JPN boleh buat perubahan dalam sijil lahir.
Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, layari laman web rasmi JPN.
Tukar nama anak bukanlah mustahil, tapi pastikan anda ikut prosedur dan had masa yang betul. Lagi awal anda mohon, lagi mudah prosesnya!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 