Tukar Cip MyKad Rosak Anda Secara Percuma Bermula 23 September Hingga 7 Oktober Ini

Siapa punya cip MyKad yang rosak tu jangan lepaskan peluang ini!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anda boleh membuat penukaran cip MyKad yang rosak secara percuma bermula esok sehingga 7 Oktober ini

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan perkara itu susulan pengumuman Perdana Menteri tentang pelaksanaan BUDI95.

"Seiring dengan pengumuman YAB Perdana Menteri hari ini mengenai pelaksanaan inisiatif BUD195 buat rakyat Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memberi kemudahan penukaran cip MyKad rosak secara percuma bermula 23 September 2025 hingga 7 Oktober 2025.

"Penukaran cip MyKad yang rosak secara percuma ini boleh dibuat di mana-mana kaunter dan pejabat JPN seluruh negara," katanya.

Menurut Saifuddin, penukaran cip MyKad rosak secara percuma ini dianggar akan melibatkan perbelanjaan kepada Kerajaan Madani sebanyak RM714,660.00 termasuk kos lain yang berkaitan.

SAYS.com

Saifuddin ketika melawat salah satu stesen minyak di Cyberjaya untuk lihat sendiri mekanisme pelaksanaan subsidi bersasar BUDI95.

Image via Saifuddin Nasution Ismail (Facebook)

Saran rakyat Malaysia untuk menjaga MyKad dengan baik

Tambahnya, inisiatif ini bertujuan memastikan setiap warganegara yang layak dapat menikmati pelaksanaan BUDI95 kelak.

"Ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI prihatin untuk menanggung sepenuhnya kos tersebut dalam tempoh ini bagi memastikan akses rakyat kepada subsidi ini tidak akan sekali-kali terjejas hanya kerana masalah teknikal pada MyKad dan setiap warganegara yang layak dapat menikmati manfaat subsidi BUDI95 dengan lancar.

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk sentiasa memastikan MyKad berada dalam keadaan baik, kerana ia bukan sahaja dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada pelbagai kemudahan kerajaan termasuk subsidi bersasar BUDI95.

"Kerajaan MADANI berpegang teguh kepada prinsip kepedulian dan inklusiviti, memastikan setiap rakyat Malaysia menerima manfaat yang dijanjikan tanpa ada yang tercicir," menurut kenyataan tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: