‘Tugu Itu Wajib Dirobohkan’ – Ikon Pulau Langkawi Bakal Hilang Kerana Didakwa Haram
Kesian encik helang. :'(
Cover image via SAYSMenurut Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim, membina atau memasang replika haiwan sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup
Dalam tulisannya pada sisipan "Ibrah" di akhbar Berita Harian 2 September lalu, Zamri mengetengahkan hadis riwayat Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad bersabda:
"Setiap pembuat patung diazab baginya di dalam neraka kerana menjadikan setiap patung itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam.
"Ijmak seluruh ulama daripada semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan haram membina atau membuat replika patung yang lengkap bagi benda bernyawa seperti manusia atau binatang.
"Malah, jika sudah dibina wajib dirobohkan
"Manakala membinanya atau membuatnya adalah dosa besar."
Ternyata, kenyataan Timbalan Mufti Perak itu menimbulkan kemarahan orang ramai. Masing-masing menganggap isu remeh sebegini tidak perlu langsung dibangkitkan.
Image via Facebook
Image via Facebook
Susulan daripada itu, pihak Mufti Kedah berkata mereka akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan
Image via funandsunholidays.com
Namun begitu, Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) membantah sebarang cadangan merobohkan helang berkenaan kerana replika raksasa itu telah menjadi tarikan pelancongan sejak lebih 20 tahun
Lagipun, ia bukannya menjadi tempat penyembahan atau aktiviti yang bertentangan dengan agama.
Yang dipertua LTA, Zainuddin Kadir berkata beliau telah menghantar surat kepada Zamri untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung perkara ini.
"Saya masih lagi menunggu jawapan dan bersedia untuk berdialog secara terbuka dengan beliau berhubung perkara ini, jika perlu," katanya.
Image via www.kedahnews.com
Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat bahawa pihak berkuasa negara sebenarnya ingin merobohkan helang tersebut bagi menghapuskan legasi terulung Tun Dr Mahathir ke atas Pulau Langkawi
Image via Facebook
Image via Facebook

