Kalau Lambat Bertindak, Mesti Kami Akan Kena ‘Heat Stroke’ Dan Mati Di Bukit Berekeh
Menyesal dan bersyukur pada masa yang sama. Alhamdulillah semua selamat.
Cover image via TSG #KasiJadiRasa macam dramatik pulak bila baca headline di atas. Tapi sejujurnya saya bukan nak exaggerate. Kami memang betul-betul hampir terkena strok haba semasa hiking di Bukit Berekeh.
Gambar Donald Duck ini memang sesuai menggambarkan keadaan kami di sana. Penat, berpeluh-peluh, dan lidah pun terjelir. Ok *part* lidah terjelir tu macam *over* sangat lah pulak. *But you get the point right, right?*
OK, letak tepi dulu soal strok haba dan bahang kepanasan melampau yang kami semua alami. Saya nak bercerita tentang perjalanan kami ke sana dulu.
Macam mana boleh tercetusnya idea untuk kami buat *trip* ke Bukit Berekeh ni? *Simple*. Tengah sibuk *scroll* satu demi satu *post* kat dalam satu *hiking group* di Facebook, tiba-tiba kami nampak ada orang *upload* gambar kat puncak bukit dengan pemandangan cantik ala-ala padang savanna yang penuh dengan rumput-rumput dan lalang-lalang menghijau melambai-lambai riang.
Bila baca *caption*, orang tu tulis 'Ini bukan Broga, ini Bukit Berekeh'. Lepas je saya baca, saya rasa pelik. Macam mana bukit dengan pemandangan *superb* macam ni boleh tak popular? Lagi satu, Bukit Berekeh? Tak pernah dengar langsung namanya sebelum ni. Selama ni Broga je yang *famous*. Sekarang siap dah *upgrade* jadi 'Broga Mall' lagi. *If you know what i mean*.
*The exact location* untuk Bukit Berekeh ni katanya di Sungai Siput, Perak. Tapi ada jugak yang cakap kat Ipoh. Saya pun *confuse*.
Mulalah kami memasang angan-angan untuk pergi ke situ dengan harapan dapatlah kami berselfie beramai-ramai atas puncak menggunakan GoPro. Gambar mesti cantik punya! Barulah boleh dapat banyak likes.
Semangat kami mula berkobar-kobar bila rakan-rakan kami di [Hikers Kental](https://www.instagram.com/hikerskental12/) tiba-tiba *upload* gambar kat situ jugak *a few weeks later*. Lagilah kami *jealous*. Tak boleh jadi ni. Kami kena jugak pergi sana.
Eh, bukanlah niat kami untuk berlawan dengan Hikers Kental. Cuma kami nak sangat pergi sebab bukit ni masih belum *viral*. Sebelum ramai orang pergi dan berlambak-lambak sampah orang buang merata-rata yang boleh buat sakit mata dan sakit hati (maklumlah orang kita kan kurang cerdik), lebih baik kami pergi dulu. *Less people, less traffic jam, and less rubbish*.
Mahunya tak jealous. Dah la pemandangan cantik, siap photoshoot pakai jubah lagi tu.
Image via Hikers Kental
Tanpa banyak bunyi, kami pun #kasijadi daytrip ke Bukit Berekeh tanpa itinerari lengkap
Pergi *daytrip* masa *weekend* ni senang sebab tak payah ambil cuti. Boleh terus *just go*. Hanya bersandarkan sedikit info yang diberi oleh ahli-ahli Hikers Kental, kami yakin kami boleh jugak sampai sana. Maka tiga kereta dengan muatan 10 orang pun bertolak ke Sungai Siput pada Jumaat malam Sabtu.
1. Perjalanan ke Sungai Siput bermula
Jauh jugak sebenarnya Sungai Siput ni. Mula-mula *drive* sampai ke *exit* Ipoh rasa macam sekejap je. Bila dah masuk *exit* tu, rupa-rupanya Sungai Siput ni jauh lagi ke dalam. Tambah lagi 2 jam baru sampai. Destinasi yang dituju; Masjid Kampung Bawong.
Bukan Bukit Berekah je kami tak pernah dengar, Kampung Bawong ni lagilah kami tak tahu langsung kat mana. Nasib baik Waze ada. Macam biasa, kenalah menuju ke masjid sebab di situ kami boleh tumpang tidur dan solat Subuh. Nak mandi pun boleh.
2. Jalan sempit dan gelap gelita
Perjalanan dari *exit* Ipoh ke Kampung Bawong boleh kami kata amat menakutkan. Maklumlah, kami terpaksa menyusuri jalan kampung gelap gelita yang penuh dengan kelapa sawit di kiri dan kanan kami. Langsung tak nampak apa-apa. Memang *total darkness*. Hanya lampu kereta saja yang kami boleh harapkan.
Bayangkan kalau kereta kami rosak masa tu. Entah macam manalah agaknya. Lepastu tiba-tiba ada Volkswagen kuning datang. Apa nak buat? OK dah, tak nak menyimpang jauh sangat. *Now back to the story*. Cuma kami nak nasihat kat sini, pastikan kereta yang anda gunakan tu dalam keadaan baik.
3. Terpaksa lalu jirat Cina dalam kegelapan
Masa ni kami dah hampir sampai ke Masjid Kampung Bawong. Ada lah dalam 25 minit lagi rasanya. Tapi sebelum sampai, kami kena tempuh laluan jirat Cina. Ah sudah, tak cukup lagi dengan gelap, kena pulak lalu kawasan kubur. Tak kelakar weh.
Nak tak nak, kena jugak lalu situ. Memang dah tak fikir ape dah la masa ni. Dah lah radio tak dapat frekuensi. Senyap sunyi gila. *Just drive and don't look to your right, left, or turn back*. Nak tengok cermin kereta pun rasa cuak. Cepat-cepat kami *drive* untuk lepaskan diri kami dari ketakutan yang melanda jiwa raga yang seakan meragut nyawa.
Fiuuhhh akhirnya kami lepas.
4. Tiba di Masjid Kampung Bawong selepas 4 jam setengah memandu
Kami selamat sampai di Masjid Kampung Bawong dalam pukul 5 pagi. Keadaan masa ni sangat sunyi dan sejuk. Kampung Bawong ni sangat kecil dan merupakan pusat penempatan bagi peladang di sana yang terletak di celahan hutan kelapa sawit. Penduduknya kebanyakan terdiri daripada suku kaum Orang Asli.
Sampai-sampai terus kami terbongkang dengan nyenyak. Tapi tidur kejap je sebab kena solat Subuh. *Plan* asalnya macam nak terus panjat lepas Subuh. Tapi biasalah, kami dan tidur berpisah tiada. Maka kami pun sambung tidur balik sampai pukul 8 pagi.
5. Mula memanjat pukul 9.30 pagi
Nasib baik ada warung bukak betul-betul sebelah masjid. Kami siap-siap dan *heavy breakfast* dulu makan nasik lauk ayam ikan udang kambing daging dengan kopi panas lepastu barulah kami mulakan pendakian. Waktu tu, jam dah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Agak lambat jugak sebenarnya kami ni.
Matahari dah mula naik tapi cuaca tak panas lagi, maklumlah masih awal pagi (awal ke?). Sebelum panjat tu, kami ada jugak rasa ragu-ragu, sebab takut panas. Terus lagu Tasha Manshahar dan Syed Syamim berlegar-legar dalam kepala otak kami. Tapi sebab dah sampai kan. Penat *drive* jauh-jauh sampai 4 jam setengah takkan tak naik dan patah balik pulak. Kalau kami ni orang kaya duit berjuta-juta yang tak pernah kenal erti pembaziran takpe lah jugak. Malangnya kami semua hanyalah rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi dihimpit GST hari-hari.
6. Takde track yang jelas, kami terpaksa pakai khidmat kompas dan peta
Tak pernah-pernah kami panjat bukit atau gunung guna peta. Selalunya *track* memang jelas. Tapi kat Bukit Berekeh ni jalan bersimpang siur. Kenapa? Sebab jalan nak ke bukit ni merupakan ladang kelapa sawit yang ditarah dan telah botak. Banyak gila jalan tanah merah yang mengelirukan. Semuanya nampak sama.
Belah kanan belah kiri semua jalan tanah merah. Kalau tak pakai peta memang *anytime* boleh sesat. Puncak Bukit Berekeh ni dari bawah dah boleh nampak dah. Ingatkan senanglah nak naik rupanya mengarut. Jauh gila beza dengan Broga Mall. Eh silap, Broga Hill. Tapi apa kami boleh buat. Kami redah jugak dengan harapan takde siapa-siapa yang akan sesat.
7. Dah mula rasa bahang panas
Daripada gambar kat atas ni, korang sendiri boleh tengok jalan ke Bukit Berekeh ni simpang siur dia macam mana. Dah macam satu *maze* gergasi pun ada. Tiba-tiba rasa macam kami tengah berlakon dalam cerita The Maze Runner. Cuma kat sini takde binatang pelik-pelik la macam dalam cerita tu. *So*, kurang dramatik.
Sejam mendaki, baru pukul 10 je padahal tapi dah *start* rasa bahang. Jalan sikit berhenti jalan sikit berhenti. Tapi nak berhenti lama-lama pun tak syok sebab tak banyak tempat teduh. Makin banyak kami berhenti makin panas kami rasa. Mula terserlah ketibas (ketiak basah) masing-masing masa ni.
Oohh lupa nak beritahu. Bukit Berekeh ni ada 5 puncak. Dan untuk sampaikan ke puncak kelima tu kena lalu satu per satu puncak dan tak boleh *skip*. Adeh.
8. Berjaya sampai puncak 1 selepas 1 jam setengah mendaki
*Yeah!* Kami berjaya sampai ke puncak 1 pada pukul 11 pagi selepas sejam setengah mendaki di bawah kepanasan. *Excited* betul rasanya. *View* kat puncak memang terbaik. Tapi bukan tu je benda *best*. Kelima-lima puncak Bukit Berekeh dikelilingi lalang-lalang dan rumput-rumput savanna yang kering dan cantik. Dah macam Broga pun ada jugak.
Tempat ni cantik untuk ambil gambar. Batang pokok tu sebenarnya warna merah/maroon tapi tak nampak dalam gambar.
Image via TSG #KasiJadi
Cuma yang menyedihkan, sebahagian bukit ini dah ditarah dek kerana pembalakan pokok kelapa sawit. Jadi, gambar jadi *spoil* sikit lah. Bayangkan kalau bukit ni masih menghijau tanpa dirobek manusia pada dua-dua belah, mesti akan jadi lagi cantik. Entah bilalah agaknya nak terlaksana kan? Sedih.
9. Ke puncak 2 dan puncak 3 we go. Lepastu kami menyesal.
Sampai di puncak 3, masa tu pukul 12 tengah hari. Matahari memang sangat terik betul-betul terpacak atas kepala kami. Sampai-sampai je, tengok depan, masih ada dua puncak untuk kami *conquer*. Mak aih. Dari bawah tadi nampak macam dekat je. Bila dah sampai atas terus rasa malas nak teruskan.
Nak pergi dari satu puncak ke puncak yang lain kalau jalan *straight* takpe jugak. Ini tak, kena turun dulu sikit, lepastu naik balik, baru sampai. Dah lah takde tempat teduh langsung. Barai.
Kalau korang nak tahu, masa kami pergi ni tengah musim El Nino. Orang suruh duduk rumah tapi kami degil jugak nak panjat bukit ni. Cari nahas betul. Lagi satu, Sungai Siput merupakan salah satu tempat paling panas dan paling kering di Semenanjung. Kalau tak silap lah (berdasarkan maklumat orang kampung kat situ). Haaa amek kau!
Muka masing-masing dah barai dan tak tahan panas. Rasa macam nak balik sekarang jugak.
Image via TSG #KasiJadi
10. Misi ke puncak 4 dan puncak 5 dibatalkan kerana nyawa kami lebih berharga
"Ya Allah, panasnyaaaaaaaa!" Mengeluh betul kami masa ni. Haaa bila dah panas macam ni barulah nak ingat Tuhan kan. Hmmm :'( Tapi serius, kami semua memang dah tak tahan dah waktu tu. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 1 tengah hari. Terik matahari tu kami rasa memang *direct* menusuk sambil membakar kulit kami tanpa kompromi. *And there is no turning back*.
Dalam panas-panas tu, nasib baik kami masih waras. Kami buat keputusan untuk *abort mission* ke puncak 4 dan puncak 5 bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Bak kata pepatah, "tak lari gunung dikejar". Tapi dalam kes ni bukit lah bukan gunung. Cuma ada satu kemusykilan sebelum kami turun iaitu, "Nak turun ikut mana? Tak boleh ke turun terus ke bawah dari puncak 3?"
11. Patah balik ke puncak 1, carik jalan turun tak jumpa, dan terpaksa carik jalan lain
Rupanya, takde jalan lain untuk turun selain patah balik ke puncak 1. Nak tak nak, kami menapak jugaklah. Dalam setengah jam, kami sampai dan berehat kejap di bawah timbunan pepohon rendang sambil nyanyi lagu Rendang Tak Berbuah dendangan Datuk Hattan. Bukit Berekeh ni bukan saja panas, angin pun malu-malu nak tiup. Kering kontang jadinya. Tapi lepastu, timbul lagi satu masalah. Jalan nak turun tak jumpa wehhh!
Dalam pada kami barai tu sempat jugaklah kami berjenaka masa kami berehat. Ada lah modal sikit nak senyum.
Image via TSG #KasiJadi
Mana pergi entah jalan yang kami naik tadi. Tiba-tiba dah hilang. Carik punya carik tetap tak jumpa. Maka terpaksalah kami hantar dua *runner* untuk carik jalan baru. Kesian diorang. Tapi nak buat macam mana, kena berkorban jugaklah demi menyelamatkan nyawa rakan-rakan. Ingatkan nak rehat kejap je kat puncak 1 tapi tak jumpa jalan turun pulak dah. Terpaksalah berteduh lama sikit. Agghhh! Cepatlah turun. Nak masuk kereta, nak *aircond*. Tak tahan dah masa tu.
12. Turun ke bawah dan terdedah bawah terik matahari lebih kurang sejam lebih
Masa ni memang seksa. Kulit kami dah betul-betul terbakar, sumber air kami pun dah nak habis, tempat teduh langsung takde, cuaca pulak ya Rabbana panas sungguh. Bak kata orang utagha 'hangat lit lit'! Kami teruskan langkah demi langkah demi menyelamatkan diri kami dari azab kepanasan dunia. Insaf sekejap di situ.
Yang paling tak *best*, dari puncak nak ke bawah nampak macam dekat je. Kalau diikutkan memang dekat pun sebenanya. Tapi disebabkan kami perlu mengharungi jalan tarahan ladang kelapa sawit ala-ala *maze* ni, perjalanan pun jadi jauh. Sebab apa? Sebab takde jalan yang *straightforward* dan terus boleh sampai. Mesti kena lalu jalan bengkang-bengkok yang *annoying*. Barai lagi.
13. Lapan orang dah sampai, dua orang hilangkan diri
Kami nak cepat balik sebab nak elakkan terkena strok haba. Dah berapa jam dah kami terdedah bawah matahari. Memang bila-bila kami boleh kena. Tapi bila dua orang dah hilang ni, masa kami tertangguh. Takde apa yang kami mampu buat selain jerit pekik nama mereka. Masa ni semua dah sampai bawah dan tinggal nak menuju ke kereta je. Tapi dua orang lagi masih tak nampak batang hidung. Risau tahap maksimum kami dibuatnya.
Sama ada mereka berdua ada sumber air atau tak, kami tak tahu. Sama ada mereka sesat dan tak jumpa jalan balik, kami tak tahu. Sama ada mereka pengsan kat tengah jalan, pun kami tak tahu. Tapi mujur kami boleh *contact* salah seorang guna *phone*. Mereka berdua selamat cuma tertinggal jauh *from the rest*. *So we waited for them.*
Dalam maze gergasi macam ni, kalau sorang hilang, memang mustahil nak jumpa balik.
Image via TSG #KasiJadi
Tengah sibuk kami semua turun bawah dengan kelajuan *pace* 7 macam masuk marathon, tiba-tiba dua orang yang paling belakang sekali hilang dan tak nampak dari pandangan. Dah lah dua-dua gadis sunti. Ah sudah! Apa nak buat ni? Kalau tak carik, rasa macam *selfish*. Nak pergi panjat balik carik, masing-masing dah tak kuasa dah.
14. Dua gadis hilang sudah kelihatan. Fiuuhh!
Jenuh jugaklah kami jerit pekik nama diorang. Tapi diorang tak respon langsung. Lepas tunggu dalam 20 minit, akhirnya kelibat mereka mula kelihatan. *And they looked fine*. Cuma kepanasan dan kehausan lah masa tu. Mana tak nya, kami yang sampai awal sikit ni pun dah haus gila, lagilah diorang yang tertinggal 20 minit kat belakang.
Takpe, yang penting semua selamat. Bila dah nampak kelibat diorang, 7 orang terus bergerak ke Masjid Kampung Bawong, lagi sorang pulak kena tunggu sampai dua gadis ni habis turun dan sampai ke kereta. Dalam setengah jam lepastu, semua selamat sampai ke masjid. Ekspedisi tamat!
Oh lupa, sampai je di masjid, kami terus ambil air kolah dan terus curahkan ke satu badan. Sebelum ni, kami tak pernah rasa pun betapa nikmatnya mendapat air bersih dan sejuk dalam kala kita terdesak memerlukannya. *Time* tu barulah kami tahu betapa kami hargai air. Terima kasih Tuhan atas segala nikmat yang Kau berikan. Kami semua selamat sampai.
Projek Bukit Berekeh #kasijadi dah jadi. Syukur.
Mai sini nak share sikit tips untuk ke Bukit Berekeh:
1. Bawak *towel* kecik semasa mendaki dan *towel* besar untuk mandi selepas mendaki. Serius, memang kena mandi terus lepas dah habis sebab panas sangat.
2. Jangan lupa pakai topi jugak, boleh berteduh sikit.
3. *Make sure* bawak air masak/mineral banyak-banyak. Kami *reccommend* sorang bawak dua botol besar 1.5 liter. Maksudnya sorang kena ada 3 liter air untuk diri sendiri.
4. Jangan pukul 9.30 pagi baru nak *start* naik macam kami. Kalau nak naik, kena awal dan lebih bagus lepas Subuh sebab sejuk.
5. *Better* pergi dengan orang yang dah pernah pergi dan yang dah tahu selok-belok bukit ni. Sebab katakanlah dalam *group* korang tu takde sorang pun yang reti tengok peta dan baca kompas, besar kemungkinan akan sesat.
6. *Track* memang tak clear langsung dan ada terlalu banyak jalan. Dinasihatkan jangan pergi sesuka hati.
7. Jangan kejar puncak. Mungkin prinsip sesetengah orang, kalau dah naik bukit atau gunung, mesti kena sampai puncak. Itu terpulang. Cuma pada kami, keselamatan dan nyawa itu lebih utama.
8. Bukit Berekeh juga dikenali dengan nama Bukit Botak. Info ni memang takde kena mengena dengan tips. Saja je letak sini.
Bukit Berekeh ni best sebenarnya. Cuma kami tersilap sebab naik masa musim El Nino.
Image via TSG #KasiJadi
BONUS: Lepas dah balik dari Berekeh, baru kami tahu rupanya ada dua kes kematian pada minggu yang sama. Punca kematian; heat stroke! Malah satu kes maut memang berkait dengan hiking.
Ibu Allahyarham, Norhayati Shamsuddin menunjukkan gambar kenangan dia bersama anaknya.
Image via www.hmetro.com.my
Dan ada lagi satu benda saya lupa nak cerita. Masa tengah drive dalam kegelapan di tengah-tengah ladang kelapa sawit tu, saya berhenti kejap untuk buat phone call. Tiba-tiba…
…ada sorang makcik entah muncul dari mana datang ke kereta saya lepastu ketuk tingkap dua kali, dan terus belah. SUMPAH SERAM GILA!
Nasib baik makcik tu tak pikul bakul sambil jual karipap. Dan bila saya *drive* semula, masa tu jam menunjukkan kira-kira pukul 4 pagi. *Creeeeeeppyyyyyyyyyyyyyyyy~*

